Lima tahun dulu Nik Abduh sudah beri signal wujud 'barua' dalam PAS...Dah Tahu Akhir Makan Partinya Sendiri

SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa wujud kelompok yang dilabelkan "barua" di kalangan ahli PAS.

Katanya, ketaatan kelompok "barua" itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepada parti Islam itu sendiri.

Kenyataan itu dibuat berikutan kelompok yang bukan sahaja berusaha memecahbelahkan PAS, malah cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Makkah.

"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'Kerajaan Perpaduan' terhadap presiden PAS," katanya dipetik Sinar Harian.

Tambah Nik Abduh, dakwaan kewujudan golongan pemisah seperti yang didedahkan beliau akhirnya menjadi nyata dan beliau gembira kerana ayahnya sempat melihat perkara tersebut sebelum meninggal dunia.

Beliau berkata, semua ahli PAS perlu kembali kepada Allah dan Rasulullah dalam mengatasi krisis kepimpinan tertinggi parti.

"Kesemua ahli parti perlu kembali taat kepada pemimpin dan beristiqamah terhadap asas sebenar perjuangan PAS, iaitu menyebarkan syiar dan dakwah Islamiah di negara ini.

"Paling penting, yang menang dalam perjuangan ialah mereka yang istiqamah dalam perjuangan kerana Allah dan kesemua ahli PAS perlu mentaati pemimpin utama memandangkan PAS merupakan parti jamaah Islamiah dan bukan berlandaskan demokrasi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana