Lim Guan Eng Hangin Satu Badan...."Tinggalkan Pakatan" Kata Guan Eng Kepada Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa supaya meninggalkan pakatan pembangkang jika masih berkeras mahu membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian berkaitan hudud di Parlimen.

Gesaan terbaharu itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebaik sahaja sekutu PAS berkenaan mengumumkan pendiriannya untuk memutuskan hubungan dengan Hadi.

"Jika Hadi terus nak bentangkan usul tersebut (hudud), lebih baik beliau tinggalkan Pakatan Rakyat, beliau tentu berhak sebagai seorang Ahli Parlimen untuk berbuat demikian," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Hadi tidak seharusnya membentang RUU berkaitan hudud atas kapasitinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang.

"Kita tak persoalkan hak demokrasi Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai Ahli Parlimen... tapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli Pakatan Rakyat kerana kalau dia buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan pakatan," katanya.

Isu hudud menjadi punca keretakan hubungan tiga komponen pembangkang apabila DAP dan PKR membantah tindakan PAS dalam menegakkan undang-undang Islam itu.

Pada 18 Mac lalu, Hadi menyerahkan notis pemberitahuan mengenai hudud kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah.

Notis berkenaan dihantar sehari sebelum undang-undang hudud itu diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 19 Mac lalu.

Dilaporkan Abdul Hadi sendiri dijangka membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat pada April ini bagi membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 dilaksanakan di Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana