Lepas Dia...Anaknya Pula...Lepas Anaknya Mak Dia Pulak...Parti Keluarga Lah

Hadi Awang? Lim Kit Siang? Lim Guan Eng? Semuanya TAK LAYAK nak menggantikan Ketua Pembangkang. Yang layak hanya Si Nurul Izzah tu sahaja sebab dia 'berbintikan' Anwar.

Maka dalam erti kata lainnya, Nepotisme kini memang sah berleluasa dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Hanya keturunan Si Ketua Penipu tu saja yang layak untuk menggantikan dia.

Bahkan, perkara itu memang cukup diraikan oleh anak beranak Si Ketua Penipu tu sendiri tanpa rasa segan silu biarpun sebelum ini, diorang sering menunding jari menyalahkan orang lain.

Tanpa rasa malu, Si Nurul Izzah tu dengan tegas menyatakan tidak ada halangan buat dirinya untuk menggantikan Papanya bagi memberikan ucapan mewakili Parlimen Permatang Pauh esok.
 "Saya tidak nampak ada halangan saya mewakili beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar membacakan ucapan ketua pembangkang," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Walaupun pada ketika ini kerusi Parlimen Permatang Pauh itu masih tidak dikosongkan kerana menanti keputusan pengampunan DiRaja, namun hak - hak Si Ketua Penipu tu sebagai Ahli Parlimen gugur.

Ianya berikutan keputusan mahkamah yang menetapkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas Si Ketua Penipu tu memenuhi syarat dan ketetapan Perlembagaan serta peraturan dewan.

Jadi, tak usah la puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak merengek mengalahkan budak sekolah tadika dan buat - buat tak tau dengan peruntukan yang telah ditetapkan didalam Perlembagaan.

Tak payah la diorang nak menyalak atas jalan raya mendakwa kononnya Si Ketua Penipu tu dinafikan hak untuk menghadiri sidang Parlimen kerana memang sah dia dah hilang kelayakkan tersebut.

Malah, kalau nak diikutkan, Si Nurul Izzah tu sendiri pun dah hilang kelayakkannya sebagai seorang Ahli Yang Berhormat kerana pernah didapati bersalah menabur fitnah terhadap orang lain.

Bagaimana mungkin seorang Ahli Yang Berhormat sanggup menggadaikan kehormatan dirinya dengan melakukan perbuatan terkutuk seperti itu demi untuk menjadi kepentingan Politik Peribadinya sendiri?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana