Kita Tunggu Dan Lihat Saja....Terima hudud atau Pakatan berpecah -Tuan Ibrahim

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan supaya bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini di Kelantan jika tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah.

Peringatan itu dilihat sebagai amaran keras kepada dua sekutu PAS tersebut menjelang pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) yang akan berlangsung pada Isnin.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab DAP dan PKR untuk menolak perlaksanaan hukum Islam itu kerana PAS Kelantan sudah mengambil beberapa langkah yang sewajarnya sebelum ia diteruskan.

“Untuk elak PR (Pakatan Rakyat) pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam entri terbaharu di laman sosial Facebooknya, Ahad.

Selain itu Tuan Ibrahim turut memberi peringatan kepada DAP dan PKR supaya tidak membangkitkan isu kerjasama antara PAS dan UMNO sekiranya enakmen itu mendapat sokongan daripada parti lawan itu.

“Jangan pula bila UMNO menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda UMNO akan bergabung dengan PAS. Kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Rabu ini.

Persidangan DUN Kelantan akan bermula esok hingga Khamis ini selepas ditangguhkan pada 29 Disember tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.

Kemelut di antara PAS dan DAP berlaku setelah Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo meminta parti itu mempertimbangkan semula pindaan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana