Kita Tengok Yang Tak Undi.....Sokong atau tidak PAS tetap bentang rang undang-undang hudud di Parlimen

SHAH ALAM: Sama ada mendapat sokongan diperlukan atau tidak PAS Kelantan tetap akan membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 ke Parlimen, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya, walaupun terdapat Ahli Parlimen yang tidak akan memberikan undi serta menyatakan sokongan kepada parti itu ketika sesi pembentangannya nanti ia bukan pertimbangan utama.

“Sama ada menyokong atau tidak, itu adalah perkara kedua selain memastikan rang undang-undang persendirian tersebut dapat dibentangkan pada Mac ini.

“Tanggungjawab kami membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen, dengan harapan ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam menyokongnya.

“Berjaya atau tidak kita cuba dahulu,” katanya menerusi Whatsapp kepada AntaraPos.

Beliau mengulas kenyataan penganalisis politik, Wan Saiful Wan Jan yang membayangkan rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya.

Wan Saiful berkata, ini ekoran parti tersebut tidak mempunyai cukup kerusi menyokongnya, selain halangan sedia ada dari segi prosedur Parlimen.

Tambahan katanya, PAS hanya mempunyai 21 kerusi Persekutuan dan sekalipun semua 87 ahli Parlimen Umno, 2 wakil Islam dari DAP dan 16 dari PKR memberi sokongan kepada hudud, undi mereka masih tidak cukup membentuk dua pertiga (148 undi) yang diperlukan daripada 222 kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Kelantan akan mengadakan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bulan ini.

Mohd Amar sebelum ini berkata, antara tujuan rang undang-undang persendirian itu ialah meminta kelulusan Parlimen untuk menaikkan had hukuman supaya memenuhi kehendak al-Quran dan sunnah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana