Kidex: Kerajaan negeri masih belum ada tarikh mahu bincang...KEna Kencing Saja

SHAH ALAM: Kerajaan negeri masih belum mempunyai tarikh sesuai bagi membincangkan lebih lanjut dengan kerajaan persekutuan berhubung pembatalan projek Kinrara-Damansara Expressway (Kidex).

Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika diminta menjelaskan mengenai kekeliruan bersabit status projek tersebut di kalangan masyarakat.

“Selepas sahaja kita membatalkan projek pembangunan Kidex itu, kita menerima surat daripada Menteri Kerja Raya sendiri yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang keputusan pembatalan projek tersebut dan beliau (menteri) mahu sendiri berjumpa saya untuk bincangkan sekali mengenai hala tuju perancangan dan pembangunan kemudahan awam di Selangor termasuk Kidex.

“Jadi saya mengalu-alukan inisiatif tersebut tetapi kami masih belum menetapkan tarikh perjumpaan tersebut tambahan minggu hadapan sudah mula sesi parlimen,” katanya kepada pemberita.

Pembatalan projek Kidex seperti diumumkan Azmin mengecewakan penduduk sekitar Petaling Jaya kerana pembinaan lebuh raya itu mampu mengurangkan kesesakan trafik kawasan berkenaan.

Rata-rata penduduk di kawasan itu menyifatkan pembatalan Kidex menunjukkan kerajaan negeri tidak prihatin dengan kesengsaraan penduduk yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas teruk setiap hari.

Kata mereka, kerajaan Selangor sepatutnya melihat dengan lebih teliti keputusan tersebut kerana jika projek lebuh raya itu diteruskan, ia boleh membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat.

Malah Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Hussin sebelum ini turut mengingatkan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan Kidex kerana perjanjian itu dicapai di antara kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi.

Katanya, kerajaan negeri hanya ditugaskan untuk menyediakan tanah dan tidak terlibat dalam perjanjian itu.

Azmin sebelum ini mengumumkan pembatalan projek kontroversi tersebut berikutan kegagalan pemaju untuk memenuhi tiga syarat yang ditetapkan pada tarikh akhir 14 Februari lalu.

Kidex adalah lebuh raya bertingkat 14.9km, yang boleh mencapai enam hingga lapan tingkat dan bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan sebanyak 25 peratus antara Damansara dan Kinrara.

Dalam perkembangan lain Azmin turut berkata, beliau sentiasa bersedia menyahut cabaran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor yang mencabarnya untuk mengisytiharkan harta baru-baru ini.

“Kita memang tiada masalah untuk isytihar harta kerana itu memang dasar Pakatan Rakyat. Tiada perkara yang kita ingin sembunyikan dan itulah dasar kita semenjak tahun 2008,” katanya.

Kelmarin, SAMM menerusi Penyelaras Bersamanya, Megat Khairul Anuar mencabar Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya.

Malah Azmin turut dicabar untuk mewajibkan setiap exco, wakil rakyat dan ahli majlis PBT Selangor mengambil tindakan serupa bagi membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawaban mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana