Khalid persoal tindakan Selangor beri lesen kepada Splash...Itu Bangangnya MB Selangor Ni

SHAH ALAM: Mantan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi Splash yang bercanggah dengan ketetapan sebelum ini untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air itu.

"Saya juga hairan apabila dimaklumkan bahawa kerajaan negeri hari ini telah mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada syarikat konsesi Splash.

“Perkara ini nampaknya bercanggah dengan usaha dan semangat rakyat Selangor untuk menjadi pemilik mutlak industri air di Selangor apabila penstrukturan air dimuktamadkan," katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Khalid berkata kegagalan meneruskan perjanjian Penstrukturan semula industri air di Selangor akan membawa banyak kesan antaranya risiko kehilangan peluang kepada kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air.

Menurut Khalid, tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air juga, kerajaan Selangor katanya turut berdepan kemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan yang sudah dilaksana sejak Jun 2008 berikutan kekurangan dana.

"Selain itu, peluang ini juga akan membolehkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus pada tahun ini seperti dibenarkan mengikut Perjanjian Penswastaan.

"Malah lebih buruk lagi, kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kenaikan tarif air sebanyak RM2 bilion kepada syarikat konsesi," katanya dalam satu kenyataan.

Malah, tegas Khalid, tindakan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Selangor akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak meneruskan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

"Saya amat berharap kepimpinan kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap tindakan dan keputusan yang akan dilakukan selepas ini," katanya.

Justeru, beliau mahu penstrukturan semula industri air di Selangor diteruskan tetapi nilainya mesti tidak melebihi RM9.65 bilion.

Khalid berkata, harga pengambilalihan ekuiti daripada empat syarikat konsesi air juga seperti dipersetujui dalam perjanjian mesti tidak melebihi nilai berkenaan.

Katanya, jika harga yang ditawarkan melebihi jumlah itu, ia seolah-olah merompak hasil kekayaan rakyat untuk mengkayakan syarikat konsesi yang tamak.

"Saya percaya bahawa isu pemilikan tanah yang kononnya dinyatakan sebagai alasan untuk kerajaan negeri membatalkan perjanjian air boleh diselesaikan jika semua pertikaian itu dibawa ke meja rundingan.

"Saya telah berjumpa dengan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau dan beliau memberi jaminan bahawa kementeriannya akan berusaha melaksanakan perjanjian itu bagi memberi laluan kepada penyelesaian isu air secara holistik seperti dihasratkan melalui Akta industri Perkhidmatan Air 2006," katanya.

Bekas setiausaha politik kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin ketika dihubungi Antarapos sebelum ini perbincangan bersabit perjanjian air antara Selangor dan kerajaan Persekutuan dilihat melalui jalan sukar apabila diselia oleh seorang menteri besar yang tiada pengalaman koporat.

Bahkan bekas pembantu menteri besar terdahulu itu berkata percanggahan butiran perjanjian air itu juga tidak akan selesai dalam tempoh terdekat berikutan Azmin Ali dikelilingi oleh individu-individu yang mempunyai agenda tersendiri.

“Saya tidak mengatakan bahawa ia adalah satu tugas yang mudah untuk Azmin yang tidak mempunyai pengalaman korporat dan saya pasti agensi-agensi persekutuan dan pegawai-pegawainya tidak akan membuat ia mudah bagi kami kerana mereka mempunyai keutamaan yang berbeza.

"Tetapi seperti yang kita (kepimpinan Tan Sri Khalid) telah membuktikan sebelum, negeri dan persekutuan berjaya mengetepikan perbezaan selepas bertelingkah antara satu sama lain selama enam tahun,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Azmin ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen Isnin lalu mengumumkan perjanjian air itu batal kerana kerajaan Persekutuan tidak menghormati semangat asal sewaktu perjanjian itu ditandatangani.

Keesokan harinya, Azmin mengadakan sidang media juga di Parlimen dan menuduh kerajaan Persekutuan ingin merampas tanah dan kedaulatan Selangor apabila meminta tanah seluas 26 ribu kilometer milik kerajaan negeri dan batang paip Loji Rawatan Langat 2 (LRL2), yang sedang dalam pembinaan.

“Sekarang ni bukan sahaja paip kerajaan negeri, tetapi tanah kerajaan negeri juga harus diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak akan biarkan kedaulatan negeri ini tercemar. Tindakan menteri KeTTHA itu seolah-olah Kerajaan Persekutuan mahukan tanah seluas 26 ribu kilometer secara percuma,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak.

Namun Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata mengikut persetujuan awal, kerajaan negeri hanya akan memajak tanah  itu kepada kerajaan Persekutuan untuk tempoh 45 tahun sahaja dan bukannya terus mengambil alih aset Selangor itu.

Azmin bagaimanapun menukar nada pada lewat petang Selasa dan berkata sedia membuka pintu perbincangan berhubung isu air dengan kerajaan persekutuan demi manfaat pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menerusi perjanjian yang dimeterai, Selangor berjaya menjimatkan sekurang-kurangnya RM2 bilion apabila hanya perlu membayar RM7.65 bilion sahaja berbanding RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana