Khalid Ibrahim semakin ’mesra’ dengan MP BN

Jika ada yang melihat kemesraan ahli palimen Bebas Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim bergambar bersama-sama ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) di Parlimen, Isnin tentu boleh mencetuskan pelbagai spekulasi.
Beliau yang sentiasa tersenyum, bersalaman malah silih berganti bergambar dengan ahli-ahli parlimen BN di ruang rehat VIP bersebelahan Dewan Rakyat sebaik selesai titah perasmian Yang di Pertuan Agong.

Khalid yang melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor pada September hadir ke perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke 13 oleh Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat memakai baju Melayu hitam.

Pada sesi akhir Parlimen akhir tahun lalu, Khalid hanya hadir beberapa hari kerana bercuti selepas seteru politiknya dalam PKR, Mohamad Azmin Ali dilantik Menteri Besar menggantikannya.

Ketika itu timbul spekulasi Khalid kemungkinan akan melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan mengekalkan kerusi parlimen Bandar Tun Razak.

Namun, setakat ini beliau kekal sebagai Adun Pelabuhan Klang dan ahli parlimen Bebas Bandar Tun Razak selepas dipecat daripada PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana