Khairy buat kejutan muncul dalam video Mat Luthfi

SHAH ALAM: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin membuat kejutan dengan muncul dalam video terbaru vlogger terkenal, Mat Luthfi.

Beliau muncul dalam video bertajuk 'Be Yourself In A Job Interview' pada babak akhir, sekaligus memeranjatkan pelayar internet yang lain.

Rata-rata mereka tidak menyangka Khairy akan membuat penampilan istimewa dalam video Mat Luthfi.

Video terbaru daripada Mat Luthfi itu cuba berkongsi tips menarik bagaimana untuk seseorang individu 'menjual diri' ketika menghadiri temuduga.


"Setengah orang, bila dia pergi interview, dia akan berlakon jadi orang lain. Sebab dia rasa jika dia jadi diri dia sendiri dia takkan dapat kerja itu.

"Hai...saya Khairy Jamaluddin dan saya rasa saya amat sesuai untuk dapatkan jawatan ini," ajuk Mat Luthfi menyerupai Khairy.

Video ini ditonton sejumlah 150,856 penonton, walaupun baru tiga hari ia dimuatnaik.

"Jangan takut untuk menjadi diri sendiri. Sebab sampai bila anda semua mahu berlakon jadi orang lain?

"Sebenarnya, lebih cepat anda jadi diri sendiri, makin cepat anda tahu syarikat itu sesuai atau tidak dengan diri anda," ujarnya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau turut berkongsi video itu dilaman sosialnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana