KETUA PEMUDA DAP, TEO KOK SEONG SEMAKIN KEREK

Dia mempersoalkan kedudukan Ketua Polis Negara. Dia menasihatkan Ketua Polis Negara agar tidak menjadi IGP UMNO-BN tetapi menjadi IGP Rakyat Malaysia. Dia memberi amaran agar Ketua Polis Negara ambil gaji dari UMNO dan bukannya menuntut dari Parlimen.

Semuanya berpunca daripada tindakan PDRM menahan kumpulan utama pemimpin # KITALAWAN yang membuat dan menganjurkan demonstrasi di tengah-tengah Kuala Lumpur pada minggu lepas.

Lim Kit Siang puIa bercakap tentang kebebasan bersuara tetapi sama ada dia sedar atau tidak, anaknya dan dia sendiri, malah Anwar Ibrahim adalah orang yang paling banyak menyaman sesiapa atau apa-apa sahaja yang menyanggahi mereka. Malahan kebebasan bermaklumat turut disekat di Pulau Pinang.

Apek puaka turut bercakap tentang kebebasan berkumpul menurut Perlembagaan tetapi Apek Puaka tidak pula menyatakan dalam Artikel yang sama memperkatakan tentang kebebasan berkumpul dan bersuara, terdapat bahagian yang menyatakan polis berhak menangkap atau menahan atau menghalang atau membubarkan sebarang perhimpunan yang didapati mengancam keselamatan serta kestabilan rakyat.

Demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan kepada wargakota. Tidak sahaja dari segi kelancaran lalu lintas, malahan aktiviti ekonomi dan perniagaan juga terganggu kerana demonstrasi. Tidak sahaja memberikan kesan kepada penduduk awam di negara ini, tetapi juga kepada para pelabur luar yang melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat, tidak stabil dari segi undang-undang dan keselamatan serta mudah bergolak serta merugikan bagi sebarang pelaburan di negara ini.

Teo Kok Seong, Ketua Pemuda DAP telah ditangkap oleh polis. Lim Kit Siang amat marah kerana penangkapan tersebut. Dia mahu dan mendesak agar Teo Kok Seong yang menunjuk berani di luar balai polis sebelum itu, dibebaskan. Dia juga menuntut agar polis tidak menangkap sesiapa yang berdemonstrasi.

Undang-undang negara cuba digambarkan sebagai TIDAK LUT kepada sesiapa sahaja yang bergelar Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat boleh berbuat sekehendak dan sebebas hati.

Untunglah ini zaman Najib Abdul Razak di mana mereka ditahan, diambil keterangan, direman, dilokap dan kemudian dibebaskan. Mereka tidak disimpan lama-lama. Mereka tidak pernah disimpan melebihi 60 hari walaupun sebenarnya pada zaman Najib Abdul Razak terdapat undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 72 hari !!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana