Kerajaan Selangor Sudah Naik Giler KEr!!!! Slogan #KitaLawan untuk skuad Sukma 2016...BErsukan Nak Berpolitik Jugak...Bangangnya

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini mempertahankan cadangannya menggunakan slogan #KitaLawan untuk kontijen negeri bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan walaupun ia dibantah oleh Majlis Sukan Olimpik (MOM) dan kalangan olahragawan.

Ahli Exco kerajaan negeri Amiruddin Saari mengesahkan kerajaan negeri berhasrat menggunakan slogan berkenaan yang dikaitkan dengan tunjuk perasaan anjuran PKR bagi menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

Beliau berkata belum ada keputusan muktamad terhadap penggunaan slogan #KitaLawan, "namun  setakat hari ini, itu yang dicadangkan dan kita bergerak ke arah itu."

"Kita akan tetapkan jika ia bersesuaian untuk menaikkan semangat atlit kita dalam masa akan datang. Macam mana sekalipun 'tagline' itu, ia mestilah menarik dan mampu meningkatkan semangat atlit," tegas Amiruddin selaku Exco  Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.

"Namun jika ada isu-isu yang timbul selepas itu, kita akan sesuaikan dengan keadaan semasa. Ia bukan untuk tempoh segera, ia akan digunakan pada tahun hadapan," kata beliau dalam membayangkan kesediaan mengambil kira bantahan umum terhadap penggunaan slogan berkenaan untuk tujuan sukan.

Beliau mengulas laporan memetik Setiausaha Agong MOM Datuk Sieh Kok Chi mendesak kerajaan Selangor membatalkan hasrat menggunakan slogan #KitaLawan untuk skuad Sukma Selangor.

"Slogan itu boleh dimanipulasi untuk tujuan lain. Adalah lebih baik untuk tidak menggunakan slogan yang boleh membawa tafsiran lain....sukan ini bukan perang. Ia lebih kepada berusaha sedaya upaya dan mencuba lebih gigih pada masa depan," kata beliau.

Amiruddin bersetuju sukan tidak harus dipengaruhi dengan sentimen politik namun berkata Kementerian Belia dan Sukan sendiri meminggirkan Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"Saya setuju dengan kenyataan asal (MOM) untuk tidak mencampur-adukkan politik dengan sukan. Namun Selangor sehingga kini tidak pernah dipanggil oleh Kementerian Sukan... kita nak jumpa Menteri pun tidak dibenarkan. MOM kena tengok semua aspek, bukan pada Selangor sahaja," kata beliau.

"Isu slogan ini hanya tiga peratus daripada 100 peratus motif Selangor nak memajukan sukan," tambah beliau.

Amiruddin berkata beliau tidak akan membuang masa berlebihan memikirkan kemelut penggunaan slogan #KitaLawan untuk skuad Sukma Selangor.

"Setakat ini cadangan itu sahaja, dan tidak ada cadangan lain. Tetapi bila timbul isu sebegini kita akan bincangkan. Namun saya tidak akan habiskan masa untuk fikir isu slogan semata-mata, sebaliknya kepada program pembangunan, perancangan pasukan bola sepak dan sebagainya," kata beliau.

Dalam pada itu, jaguh badminton negara Lee Chong Wei terkejut dengan cadangan kerajaan Selangor itu dan menggesa supaya para athlit negeri itu tidak diheret ke kancah politik.

"Ini tidak sepatutnya berlaku. Sukan harus melangkaui politik," akhbar Malay Mail memetik Chong Wei sebagai berkata.

PKR mengadakan dua tunjuk perasaan besar-besaran menggunakan slogan #KitaLawan sejak bulan ini setelah Anwar dipenjarakan lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu menyusul selepas proses perbicaraan yang berlangsung hampir tujuh tahun.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana