KERAJAAN NEGERI BELA SIAPA SEBENAR NYA.

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Selangor kesal dengan sikap Menteri Besar yang seolah-olah mensabotaj kepentingan rakyat negeri ini termasuk Kuala Lumpur dalam mendapatkan hak asasi bekalan air di sebalik keputusan baru-baru ini yang tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air dengan kerajaan Persekutuan.

Sebagai pihak yang telah diamanahkan rakyat menerusi mandat untuk mentadbir negeri, kerajaan negeri seharusnya menolak sikap politiking isu-isu kritikal yang boleh menjejaskan masa depan kehidupan rakyat dan pembangunan infrastruktur dan ekonomi Selangor pada masa depan.

Kami tidak menolak kemungkinan pendirian terkini kerajaan negeri dalam isu air itu hanya akan memburukkan lagi masalah bekalan air rakyat lebih-lebih lagi keputusan itu sudah tentu akan melibatkan Loji Rawatan Air Langat 2 yang difahamkan dirancang untuk menangani krisis bekalan sumber itu tidak dapat diteruskan.

Malah, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan telah mengesahkan keengganan kerajaan negeri meneruskan rundingan tersebut menyebabkan Selangor hilang peluang untuk mengambilalih ekuiti empat syarikat konsesi air termasuk terpaksa menanggung tunggakan kenaikan tarif air sebanyak RM2 bilion sepertimana yang terkandung dalam perjanjian penswastaan yang membenarkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus pada tahun ini.

Jika demikian dimanakah sebenarnya dasar peduli rakyat yang sebut-sebut kerajaan negeri khususnya Menteri Besar sebelum ini.

Apakah kerajaan negeri lebih mengutamakan kepentingan syarikat konsesi melebihi kepentingan rakyat terutamanya apabila pentadbiran Selangor sebaliknya didakwa mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (Spalsh) sedangkan syarikat konsesi itu antara syarikat yang tersenarai dalam proses pengambilalihan seperti dalam rundingan kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Apakah kerajaan negeri mahu melihat rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus menderita akibat catuan bekalan air sepertimana yang berlaku pada tahun lalu?. Jika melihat dari pendirian kerajaan negeri ini, ia seolah-olah menunjukkan isyarat bahawa pentadbiran Selangor tidak mempedulikan kebimbangan rakyat dalam masalah itu.

Justeru, Perkasa Selangor berhasrat untuk mengadakan program khas bagi membincangkan lebih mendalam mengenai isu air di negeri ini yang akan melibatkan pakar-pakar berkaitan dengan industri tersebut termasuklah dari sudut perundangan.

Program khas itu dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengetahui serta memahami hak mereka dalam mendapatkan bekalan asas itu.

ABU BAKAR YAHYA
YANG DIPERTUA PERKASA SELANGOR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana