Kenapa Demo Anwar Guna Tema ‘Undur Najib’?

 KITA semua tahu pelbagai demonstrasi, acara bakar lilin dan sebagainya yang berlangsung mutakhir ini, adalah bertujuan untuk menunjukkan sokongan terhadap Anwar yang dipenjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari.

Ia memang ‘bertujuankan’ Anwar, sebab itu diadakan selepas Anwar dihukum penjara.

Tapi hairannya, kenapa tema ‘Undur Najib’ yang ditulis besar – besar di atas banner? Apa kena mengena Najib dalam hal ini? Saiful yang buat tuduhan, Peguam Negara yang  buat pendakwaan dan Mahkamah yang jatuhkan hukuman, kenapa Najib yang kena letak jawatan?

Ini mesti tidak lain nama Anwar sudah tidak laku, tak macam tahun 1998 dulu.  Rakyat jelas dengan pertuduhan serta bukti-bukti yang disertakan begitu kukuh sekali, tak macam Liwat 1, kali ini ada kepala sperma dimana darinya DNA Anwar diperolehi.

Sebab itulah nama Anwar ‘segan’ nak diketengahkan penyokongnya sendiri, nama Najib pulak yang kena. Haram tak haram punya parti PKR ini.

Dalam masa yang sama, membuktikan juga bahawa puak-puak ini (yang menganjurkan demonstrasi) tahu jenama Anwar ni orang dah tak pandang. Dia bukan lagi ‘harapan baru’ macam dulu dan maka itu, tema Undur Najib pulak yang digunakan.

Sama macam semalam, penulis nak katakan bahawa ini satu lagi bukti (yang mereka sendiri akui) bahawa Anwar bukan lagi satu ‘faktor’ dalam politik Malaysia, sebaliknya Najib.

Najib begitu kukuh kedudukannya sebab itu kredebiliti Najib, imej Najib, inisiatif Najib malah isteri Najib perlu diserang kiri dan kanan, depan dan belakang supaya Najib kelihatan lemah. Sebetulnya Najib tidaklah lemah, beliau cuma mahu dilihat lemah sahaja.

Jangan kata isteri, sekarang ini ada usaha nak cemarkan nama datuk Najib, Tan Sri Noah Omar yang dah lama meninggal dunia itupun. Sampai macam itu sekali serangannya.

Kalau Najib lemah, pembangkang tidak akan mati-matian menyerang beliau. Contohnya Paklah, adakah kita lihat Paklah diserang seperti mana pembangkang menyerang Najib hari ini?  Jangan kata serang, pembangkang nak usul undi percaya pulak lagi untuk elak Paklah letak jawatan dan Najib naik tahun 2009 dulu.

Justeru, penggunaan tema ‘Undur Najib’ dalam demonstrasi yang bertujuan menyokong peliwat ini adalah bukti Najib makin kuat sementara Anwar semakin lemah.

Mereka sendiri pun tahu itu (Anwar lemah) sehingga ke tahap malu nak menggunakan nama Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana