Kenapa DAP mahu guna 'Allah' tetapi tolak hukum-Nya? - Alwi

KOTA BHARU: DAP perlu menjawab mengapa bertegas mahu menggunakan kalimah Allah tetapi dalam masa yang sama menolak undang-undang hudud-Nya, tegas ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Walhal, undang-undang Islam itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak 1993 dan pembentangan bersabit hudud dalam DUN Kelantan hari ini adalah berkisar pada pindaan enakmennya semata-mata.

DAP sebelum ini mempertahankan tindakan mereka untuk sama-sama menggunakan kalimah Allah selepas dibangkitkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena sambutan Krismas pada 2012.

Parti dominasi Cina itu berkali-kali dilapor membidas hasrat PAS untuk membentangkan pindaan enakmen hudud sehingga menganggap parti itu akan terkeluar secara automatiknya daripada Pakatan Rakyat jika tetap berbuat demikian.

Kerajaan negeri Kelantan bagaimanapun tidak mempedulikan bantahan itu dan tetap meneruskan agenda mereka hari ini.

"Satu lagi saya hendak sebut, baru-baru ini sibuk sangat hendak guna kalimah Allah sampai bawa ke mahkamah hendak guna nama Allah.

"Mahkamah kata tidak boleh sampai hari ini apabila Kelantan hendak melaksanakan hukum Allah, apa pasal pula mereka tidak mahu?

"Kenapa hendak guna kalimah Allah tetapi undang-undang Allah tidak mahu, jadi kami mahu mereka (yang tidak menyokong hudud) sila jawab soalan ini," katanya kepada pemberita di lobi DUN Kelantan di sini pada Rabu.

Alwi yang juga bekas Ketua Pembangkang DUN Kelantan berkata Umno BN negeri itu akan menolong sekadar termampu untuk memartabatkan undang-undang Islam itu dan selebihnya bergantung kepada PAS untuk memujuk rakan sekutunya menyokong usul itu di Parlimen kelak.

"Ahli Parlimen Islam hanya ada 132 orang sahaja tidak sampai 148, jadi kita perlu sokongan rakan-rakan Pakatan Rakyat, jadi PAS perlu mempengaruhi rakan-rakan mereka, tetapi nampak gaya macam menentang sebab Barisan Basional pun kita sudah buat yang terbaik, jadi mereka (PAS) perlu mencuba sebab macam saya kata tadi benda berat dan tidak terpikul oleh kita. Kalau ada orang hendak pikul, kita bantulah semampu yang boleh.

"Kalau gagal jangan salahkan BN, lebih kurang begitulah. Saya tidak suka benda-benda negatif ini kerana saya tengok Islam ini sentiasa positif dan jangan tengok negatif," katanya.

Alwi berkata, beliau selaku wakil rakyat Umno BN menyokong pindaan itu kerana ia menjernihkan lagi pemahaman rakyat terhadap undang-undang sedia ada.

"Persetujuannya bahawa empat sahaja, iaitu zina, qazaf, arak dan murtad. Kemudian, akan dibawa ke Majlis Raja-raja, kemudian akan dibawa ke Parlimen untuk meminda 355 itu. 355 itu dipinda maka, undang-undang syariah itu, boleh dilaksanakan di seluruh Mahkamah Syariah Islam untuk Muslim sahaja.

"Yang itu tidak termasuk dalam mesyuarat jawatankuasa kebangsaan dan tidak di dalam roadmap ditambah dua lagi iaitu qisah, mencuri dan merompak yang mana itu memerlukan 2/3 majoriti." katanya.

Alwi kemudiannya menasihati kerajaan negeri Kelantan agar memastikan pelaksanaan undang-undang tersebut mestilah dibuat secara teliti bagi mengelakkan sifat berat sebelah sekaligus mencalar imej perundangan Islam itu.

"Jadi saya tidak tahu masalah apa akan datang, tapi balik kepada asallah, berbalik yang akan macam-macam menimbulkan pelbagai spekulasi pula.

"Tapi itu benda depan, sebab itu saya menasihatkan kerajaan negeri supaya berhati-hati, jangan tercemar kerana tidak adil. Jangan buat ini sampai kegagalan sebab kita buat hudud ini kerana hendak menegakkan Islam dan saya tegaskan tadi bahawa kita sokong kerana Allah bukan kerana politik."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana