Jawatan Anwar Dalam Parlimen Sudah Dilucutkan, Kata Peguam

KUALA LUMPUR 27 Mac - Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh berkata petisyen bagi pengampunan diraja ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan meliwat telah dilupuskan.

Sehubungan itu katanya Anwar secara automatik hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Pendirian kami adalah keputusan sudah dibuat. Perlembagaan menerangkan hal ini dengan sendirinya," kata Amarjeet kepada pemberita.

Bagaimanapun peguam Anwar, N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar berkata keputusan oleh Lembaga Pengampunan masih belum disahkan dan hanya akan diumumkan dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas pada Rabu depan.

Keputusan itu disampaikan kepada peguam Anwar menerusi afidavit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nursiah Arshad yang juga sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan.

Amarjeet berkata, pemohon telah meminta untuk melewatkan pengumuman keputusan bagi menyampaikan butirannya kepada Anwar terlebih dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana