Jangan Layan Dengan Karenah PR....Rosak Jadinya....GST Bukan Untuk Bayar Hutang - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan keuntungan daripada kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan digunakan bagi membayar faedah peminjam hutang dan pemegang bon kerajaan.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menegaskan bahawa kutipan GST akan digunakan untuk kepentingan rakyat.

"Hasil daripada GST akan dimasukkan ke dalam wang yang disatukan.

"GST ini daripada rakyat...dipulangkan kepada rakyat untuk kebaikkan rakyat. Dakwaan digunakan untuk membayar pemiutang tidak benar,” katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai keraguan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung sama ada hasil kutipan GST akan hanya menguntungkan pihak tertentu.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Selasa, Razaleigh menuntut  penjelasan kerajaan berhubung tujuan sebenar GST mahu dilaksanakan.

Ahli Parlimen veteran itu juga menuntut supaya semua dokumen berkaitan hutang negara dibentangkan di Dewan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana