Jahat Sungguh Media asing tuduh macam-macam terhadap Tun Razak... ini kenyataan Najib

Datuk Seri Najib menegaskan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Kata Perdana Menteri, Abdul Razak merupakan seorang tokoh dan negarawan yang amat berprinsip, tinggi nilai integriti serta penuh dengan sifat kesederhanaan.

Malah ujar beliau, arwah bapanya itu sentiasa istiqamah untuk meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi segala-galanya dalam membuat keputusan sepanjang menerajui kepemimpinan negara.

“Sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dengan apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa. Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi hingga jasanya kepada negara menjadi memori umum bagi rakyat.

“Sejak mula terlibat dalam perjuangan politik sehinggalah memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Abdul Razak diketahui mengamalkan gaya hidup sederhana dan berjimat cermat,” katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Najib berkata demikian sebagai menyokong kenyataan empat adik beliau minggu lalu yang turut menzahirkan perkara sama berikutan laporan mengelirukan oleh media asing The New York Times mengenai arwah bapa mereka.

Dalam kenyataan sebelum ini, empat adik Najib iaitu Johari, Nizam, Nazim dan Nazir berkata, bapa mereka adalah seorang yang amat berprinsip dan semua yang mengenali beliau tahu Abdul Razak suka berjimat cermat dan penuh integriti.

Pada masa yang sama, mereka turut menyatakan bahawa seluruh ahli keluarga Abdul Razak bersatu dalam isu berkenaan.

Selain terkenal sebagai tokoh yang bertanggungjawab membangunkan semula Malaysia selepas tragedi hitam 13 Mei, malah Abdul Razak tidak pernah menggunakan dana kerajaan untuk membiayai pengajian anak-anaknya di luar negara.

Sebaliknya, kos pengajian semua anak Perdana Menteri kedua itu ditanggung sepenuhnya oleh bapa mertua beliau, Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar, sebagai mencerminkan lagi sifat kesederhanaan Abdul Razak.

Mohamed Noah yang juga datuk kepada Najib, merupakan seorang usahawan berjaya, tokoh korporat utama dan antara hartawan Melayu terkaya pada zaman itu.

Antara pembabitan beliau dalam sektor korporat ialah sebagai Pengarah MUI Group, United Malayan Banking Corporation, Matsushita dan Genting Highlands Bhd.

Allahyarham bersama rakan kongsi, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong menubuhkan pusat peranginan di Genting pada 1965, ketika zaman Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri sebelum menjual kepentingan beliau selepas Genting mula beralih kepada aktiviti perjudian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana