Insiden Ganas : Dr Hatta Ramli Kecam Hadi Awang

KUALA LUMPUR 7 Mac - Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli mendesak pucuk pimpinan tertinggi parti agar tidak berdiam diri berhubung insiden beberapa pemimpin parti yang menjadi mangsa keganasan.

Dr Hatta, yang turut menjadi mangsa serangan apabila keretanya dibakar baru-baru ini bimbang sikap diam membisu pucuk pimpinan tertinggi ini seolah-olah menganggap tindakan itu direstui.

"Kalau diam, mereka akan naik tocang terutama bila tidak ada isyarat daripada kepimpinan utama.

"Senyap ini maknanya teruskan. Jadi pemimpin kena tegas," katanya memetik laporan The Malaysian Insider hari ini.

Kecaman Dr Hatta itu dipercayai ditujukan kepada pucuk pimpinan utama parti, khasnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sehingga kini masih berdiam diri dengan beberapa insiden melibatkan ahli parti Islam itu.

Kereta Dr Hatta dibakar di perkarangan rumahnya di Hulu Kelang. Ia berlaku beberapa selepas demonstrasi di Pejabat Agung PAS oleh sekumpulan ahli parti yang menuduh Dr Hatta dalang konspirasi menjatuhkan Hadi.

Ianya disusuli dengan kejadian sama melibatkan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pula dipukul di hadapan rumahnya sehingga luka di bibir dan bengkak di dahi.

Kejadian itu berlaku selepas Dzulkefly membidas penganjuran Multaqa Ulama II anjuran Dewan Ulama PAS yang penuh dengan ucapan yang mengapikan permusuhan di dalam parti.‎

Beliau turut mengisytiharkan diri sudah hilang hormat kepada pihak yang mengaku ulama tetapi mencerca dan memaki rakan sendiri dalam PAS.

Pada masa sama, PAS terus dilanda budaya surat layang bentuk baharu, apabila audio yang dikatakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diedar, yang kononnya membuktikan beliau merancang strategi menjatuhkan Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana