Inilah Yang PR Panas Mendengarnya....Umno sekarang lebih ‘solid’, kata Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau melihat kedudukan Umno lebih kukuh sekarang berbanding ketika zaman beliau mengetuai parti terbesar Melayu itu dahulu.

Secara sinis, bekas perdana menteri itu berkata, ketika zamannya, Umno tidak memiliki baju merah seperti yang dipakai ketua Umno bahagian dalam pertemuan bersama Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak semalam.

"Saya nampak semua baju merah, merah itu tanda sokonglah. Perdana menteri perlu jumpa ahli Umno, itu memang kerja perdana menteri," katanya.

Dr Mahathir berkata, berbanding era pemerintahannya, Umno hari ini lebih bersatu padu.
"Dulu tidak ada solidariti, Musa pun lawan saya," katanya, merujuk Tun Musa Hitam yang meletak jawatan sebagai timbalannya pada 1987.

"La ni (sekarang ini) lebih solid... dulu baju merah pun tiada," katanya kepada pemberita selepas satu forum di Putrajaya hari ini.

Dalam pertemuan dengan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, 160 ketua Umno bahagian menunjukkan solidariti mereka kepada presiden Umno yang mengambil peluang memberikan penjelasan berhubung isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib pada majlis itu dikatakan memberi jaminan tidak akan melindungi pesalah dalam skandal membabitkan syarikat milik Kementerian Kewangan dibebani hutang itu.

Perkara itu disampaikan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada satu sidang media selepas pertemuan itu.

"Beliau berkata ketua audit negara sendiri akan memeriksa 1MDB dan keputusannya akan diberikan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Tiada apa yang disembunyikan dan tiada yang akan dilindungi," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, berkata Najib menjelaskan yang 1MDB pada masa depan akan membawa keuntungan besar kepada Malaysia.

Katanya, 1MDB berada di landasan betul dan kerugian syarikat itu perkara biasa serta tiada unsur penyelewengan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana