Inilah Yang PAS Katakan PKR Lebih Islamik Daripada UMNO!!!!! PKR Tolak Rang Undang-Undang Hudud PAS di Parlimen

KUALA LUMPUR 21 Mac - PKR menegaskan ia tidak boleh menyokong sebarang Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian PAS berhubung kuasa mahkamah syariah jika ia dibentangkan untuk dibahaskan di Parlimen.

Biro Politik PKR, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan ia tidak dimaklumkan mengenai isi kandungan RUU Persendirian itu yang dicadangkan secara "unilateral" dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015

"Sekiranya RUU Persendirian itu berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal, iaitu untuk tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," menurut kenyataan itu.

Ia merujuk kepada notis oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, serta barisan Naib Presiden PKR, serta Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana