Inilah Penyokong BN Yang Mahukan......Azalina titik Kaw Kaw Nurul Izzah tuduh hakim 'jual diri kepada syaitan'

Bak kata bidalan, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Juga jangan berani kejutkan harimau yang sedang tidor, buruk padahnya!
Begitulah nasib yang menimpa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah apabila beliau menuduh hakim Mahkamah Persekutuan menjual diri kepada syaitan kerana mengekalkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat.

Nurul yang juga Naib Presiden PKR, pada Selasa menggunakan imunitinya sebagai wakil rakyat di Dewan Rakyat untuk mengkritik dan menuduh institusi kehakiman itu dipengaruhi politik.

Beliau bukan sahaja ditegur oleh timbalan speaker Datuk Seri Ronald Kiandee, tetapi teruk kena titik cukup-cukup oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman yang sudah lama tidak "mengaum" di parlimen.

Azalina yang juga seorang peguam, sudah pasti turut rasa terhina apabila Nurul Izzah menggunakan dewan untuk menghina institusi kehakiman.

"Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan,” begitulah ungkapan Nurul Izzah semasa perbahasan junjung titah Yang Dipertuan Agong.

Ketika gilirannya bangun bahas Azalina berkata adalah tidak menghairankan Nurul mempertahankan Anwar kerana orang itu bapanya.

Beliau sebaliknya meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai itu nenegur bapanya agar tidak melakukan perbuatan yang keji itu.

Mendengar ini Nurul Izzah bangun untuk menangkis hujah Azalina.

Malah sepanjang Azalina berbahasa suasana dalam dewan jadi macam sarkas apabila para Ahli Parlimen Pakatan berkali-kali cuba menggangu dan nak potong cakapnya.

Keadaan menjadi panas hinggakan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan Pulau Pinang diusir keluar dewan oleh Timbalan Speaker.

Azalina dalam hujahnya menghentam sikap daoble standard pembangkang menang kes mahkamah mereka tidak pula menuduh hakim itu dibela oleh syaitan.

"Saya nak sebut fakta kes. Permatang Pauh saman Papagomo dia menang. Nizar saman TV3, menang. Husam Musa saman blogger UMNO, menang. Mustapha Ali saman, menang. Lim Guan Eng saman Utusan, menang.

"Semua menang tak apa. Bila Pakatan menang bukan syaitan, malaikat. Bila Pakatan kalah, semua syaitan.

"Ini disebabkan mereka mengelirukan rakyat di bawah. Kita kalau nak bincang fakta kes, sampai Kiamat pun tak selesai.

"Itu sebabnya saya nak nasihatkan pembangkang, macam yang mereka pergi bawa ramai-ramai ke demo #Kita Lawan, saya nak tergelak.

"Tiga negeri Pakatan menang, iatu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan - ahli Parlimen Bagan dan Gombak ada, bawalah ramai-ramai di tempat mereka.

"Tetapi dia tak buat. Sebab dia tahu rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tak akan sokong perjuangan mereka. Itu sebab berkumpul kat Kuala Lumpur baru 2,500 (orang sertai demo).

"Saya yang tak boleh terima bila dah tahu...tak ada apa lagi nak buat maka masuk dalam dewan bercakap menuduh kehakiman dibelenggu oleh syaitan. Ini masalah pembangkang main cakap sedap mulut. Dan Saiful tu, siapa yang nak membelanya?

"Tak kan saya nak sebut pasal fakta kes. Saya pun jijik nak sebut. Saya nak cerita pasal bendaalah tu pun saya pun malu. Di segi fakta, lima hakim mengatakan terbukti kejadian itu berlaku," kata Azalina.

Azalina turut menyuarakan rasa bengangnya apabila pembangkang mempertikaikan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas keputusan kes liwat Anwar.

"Pejabat Perdana Menteri ada team komunikasi media. Saya yakin mereka sudah sediakan dua kenyataan sekiranya menang atau kalah.

"Kononnya kenyataan yang dikeluarkan awal itu seolah-olah berbau konspirasi. Inilah pembangkang - semuanya salah. Menuduh Perdana Menteri, Timbalan Menteri, kabinet dan parlimen semua melakukan konspirasi.

"Nak menuduh itu biarlah ada fakta kukuh. Janganlah menuduh hanya ke atas satu perkara yang berlaku kerana ada niat jahat.

"Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan secara individu adalah hakim-hakim yang mempunyai reputasi yang tak boleh dipertikai.

"Saya dulu jadi peguam tahu kelima-lima hakim ini bukan boleh main-main. Kalau betul ada fakta kes, mereka akan memberikan keputusan yang adil kerana mereka adalah hakim yang berpengalaman.

"Tapi ada antara pembangkang ini peguam. Kalau betullah institusi kehakiman Malaysia ini dibelenggu oleh syaitan, jangan jadi peguam. Resign from legal, advocate and solicitor. Jangan jadi ahli Bar Council. But you are bias. Bila you menang, hakim best. Bila kalah, hakim tak best. Ini apa punya undang-undang. What kind of lawyers are all of you?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana