Inilah DIkatakan BODOH.....Pakatan Ugut Anjur Demo Jika Anwar Tidak Ke Parlimen

Bangang tak habis habis sikap PR ni....macam lah negara ini tak ada undang undang dan sesuka hati buat demo.Inikah mahu menjadi seorang pemimpin Negara?

PETALING JAYA 3 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengancam untuk mengadakan protes bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) jika ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan menghadiri sesi Dewan Rakyat yang akan bermula pada 9 Mac ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, bentuk tindakan atau protes yang bakal dilakukan kelak akan didedahkan kepada pengetahuan umum oleh Ketua Whip Parlimen PKR pada minggu hadapan.

"Memang ada cadangan yang khusus, namun adalah lebih baik untuk Ketua Whip Parlimen parti umumkan bentuk tindakan yang akan diambil nanti.

"Selain daripada memfailkan notis bantahan, protes juga akan dibuat," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata keputusan untuk mengadakan protes itu telah dipersetujui oleh pimpinan PR lebih awal sebelum pengampunan diraja dibuat oleh keluarga Anwar.

Baru-baru ini PKR dilaporkan telah mengemukakan permohonan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar membenarkan Anwar menghadiri sidang Parlimen bermula Isnin depan atas alasan teknikal bahawa Anwar masih anggota Parlimen Permatang Pauh kerana proses petisyen pengampunan diraja belum diselesaikan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata 'kata putus' berhubung perkara itu terletak kepada Lembaga Pengampunan sementara perkara yang berkait dengan tafsiran undang-undang terletak ditangan speaker Dewan Rakyat dan peguam negara.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan, mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat II dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. Beliau kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana