Ini sebabnya Dr Mashitah tidak ditahan...

Polis tidak menahan Ketua Wanita UMNO Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berhubung kes mengeluarkan kenyataan sensitif seperti yang dilakukan terhadap pemimpin pembangkang kerana kenyataan beliau dapat dirakam dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu demikian kepada Dewan Rakyat Selasa bagi menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran yang bertanya kenapa pemimpin UMNO tidak ditahan berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkan.

Dr. Mashitah tahun lepas dikaitkan dengan kenyataan mengenai kejadian membakar Al-Quran di Kedah.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) bagaimanapun memberi kerjasama kepada polis apabila tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 8 Disember tahun lepas.

Mashitah sebelum itu dilapor membangkitkan isu berkenaan dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berlangsung pada akhir November.

Susulan itu pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa siasatan dibuat terhadap Mashitah, manakala pada 28 November, Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching membuat laporan polis kerana kenyataan Dr Mashitah dianggap tidak bertanggungjawab.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam penjelasannya berkata, sebelum menyampaikan perbahasan, beliau dimaklumkan oleh Ketua Wanita UMNO Kuala Kedah bahawa berlaku peristiwa berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan, di Kedah.

Namun Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir kemudian menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati kejadian itu dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana