Ini Pemimpin PAS Yang BErkata Tu....Pemulihan banjir di Kelantan lebih penting daripada hudud - Hatta Ramli

KUALA LUMPUR: PAS dilihat gagal mendapat sokongan ahlinya sendiri berhubung pelaksanaan hudud yang akan dibentangkan  di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 18 Mac ini.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli sebaliknya menegaskan lebih memberi keutamaan dan keperluan semasa sementara menunggu PAS Kelantan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada Rabu ini.

"Kalau dalam suasana genting begitu (banjir), saya amat yakin jawabannya sudah diberikan pilihan antara tidur dan makan sebagai contohnya, tetapi kalau boleh orang akan pilih dua-dua, makan pun mahu, tidur pun mahu.

"Jadi kalau soalan meminta membuat pemilihan sedemikian, kerana melihat perkembangan itu belum dijalankan, jadi sewajarnya apabila ditanya, (pembangunan banjir) perlu diutamakan kerana itu," katanya kepada Antarapos ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Beliau mengulas tinjauan Merdeka Center yang mendapati majoriti pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia mahu kerajaan negeri Kelantan memfokuskan kepada usaha pemulihan dan pembinaan semula rumah mangsa banjir daripada pelaksanaan pindaan enakmen kanun jenayah hudud.

Hatta yang juga AJK PAS Pusat dalam pada itu turut menyerahkan kepada PAS Kelantan untuk membuat keputusan berhubung pembentangan hudud pada Rabu ini di DUN Kelantan.

"Kita serah kepada ADUN kerana mereka yang akan berbahas," katanya.

Malah ketika ditanya gesaaan sokongan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang berharap Adun Barisan Nasional yang akan mengikuti sidang Dun Rabu ini turut akan menyokong pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II itu nanti, Hatta berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana ianya belum dibentangkan di Parlimen.

"Itu tidak timbul kerana tidak apa-apa dibawa ke Parlimen setakat ini," katanya.

Selain ahli PAS, beberapa ahli parti dalam komponen Pakatan Rakyat juga berpendirian yang sama.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula menegaskan PKR masih menunggu PAS Kelantan menyatakan keputusan muktamad mereka berhubung pembentangan pindaan hudud selewat-lewatnya esok kepada Pakatan Rakyat sebelum membentangkannya pada Rabu ini.

"Kami masih menunggu maklumbalas daripada kerajaan negeri (Kelantan), kerana kami PKR sudah ada perbincangan dan kami sudah tengok draf bil pada khamis lalu dan kami berharap mereka datang dengan maklumbalas yang segera hari ini atau esok sebelum apa-apa keputusan yang mereka mahu buat.

"Jadi lebih baik kita tunggu maklumbalas daripada mereka," katanya.

Dalam tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang dilakukan terhadap 1008 pengundi, 84% daripadanya bersetuju usaha pemulihan pasca banjir diutamakan Kelantan pimpinan PAS dan pandangan sama turut disuarakan sejumlah majoriti besar (81%) pengundi Melayu-Islam seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian antara 21 hingga 30 Januari 2015, melibatkan 60% pengundi Melayu, 30% pengundi Cina dan 10% pengundi India yang dipilih secara persampelan rawak berstrata (random stratified sampling) mengikut kaum, jantina dan negeri kediaman.

Hanya 11% responden Melayu saja yang mahu undang-undang hudud diluluskan pada tahun ini manakala 8% daripadanya tidak pasti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana