Ini Lah Admin Boleh Katakan....Sambutan Terhadap Anwar Yang Semakin Berkurangan


MENURUT laporan, setakat artikel ini ditulis, perhimpunan haram #kitalawan yang menggunakan tema ‘Undur Najib’ masih berlangsung, dengan lokasi perhimpunan bertukar dari depan Sogo ke KLCC pula.

Dari apa yang penulis lihat, berbeza dengan perhimpunan yang dulu-dulu, perhimpunan kali ini begitu hambar dan kurang sambutan, dengan lebih banyak mengambil kesempatan dari orang ramai yang membeli belah hujung minggu untuk mendapatkan gambaran seolah-olah ianya satu kejayaan.

Macam menonton lumba haram jugalah, walaupun namanya lumba haram tapi penonton di tepi jalan boleh tahan, tak pulak bermaksud yang melihat tu bersetuju dengan perlumbaan haram tersebut.

Kalau dalam beberapa perhimpunan sebelum ini, Jalan Tunku Abdul Rahman dan beberapa jalan-jalan lain akan dipenuhi orang, tapi tidak dalam perhimpunan yang kali ini.   Kali ini kalau nampak ramai pun adalah kerana jalan-jalan dan lorong sempit yang dipenuhkan dengan manusia.

Apa pun ada kebimbangan bila perhimpunan haram ini mendapat bantuan dari pihak berkuasa tertentu seolah-olah ia adalah sebuah perhimpunan yang sah dan mendapat permit.

Khabarnya, perjalanan pendemo dari Sogo ke KLCC, dimudahkan dengan kawalan keselamatan dan trafik sehingga menjadikannya terlalu selesa nampaknya.

Takut nanti, lebih banyak perhimpunan haram seumpamanya akan diadakan kerana mendapat bantuan dari pihak berkuasa yang berkenaan, kalau tak menyusahkan rakyat tu tak mengapa juga, ini dengan manusia bersepah-sepah atas jalan,dengan budak kecil dan sebagainya sehinga menyusahkan pemandu yang tidak berkaitan.

Kerja pihak berkuasa ialah memastikan keadaan aman dan terkawal, bukan terganggu dengan perhimpunan yang tidak dibenarkan undang-undang macam ini.  Kalau tidak, mansuhkan saja Akta Perhimpunan Aman dan benarkan mereka berdemo sesuka hati.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana