Ini jarang-jarang...PM ucap tahniah atas lantikan parti lawan

Politik tetap politik.Sebab itu mungkin ada juga yang 'baca' lain macam bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr. Haron Din yang dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu.

Ini kerana jarang sekali antara parti lawan tak kira BN atau PAS atau parti lain para pemimpin saling ucap tahniah atas lantikan jawatan politik.

Sebaliknya ucapan takziah atau lawatan semasa mana-mana pemimpin sakit dikira suatu lumrah.

Najib sendiri telah membawa kunjungan semasa Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sakit.Begitu juga semasa Presiden Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Dr Haron sakit.

Najib Khamis menerusi laman twitter dan facebook beliau secara ringkas ucap tahniah pada Dr Haron yang dilantik ke jawatan itu sebagai mengantikan Allahyarham Nik Aziz.
Ada juga yang melihat ucapan Najib itu satu sifat gentleman beliau menyambut baik lantikan Dr Haron yang dikenali seorang tokoh PAS yang sederhana dan sangat dihormati.

Mungkin juga ada yang baca ucapan berkenaan sebagai 'salam persahabatan' yang membawa kepada berbagai pengertian dan tafsiran.

Jawatan Musyridul Am PAS yakni ' spiritual leader' dikira kedudukan penting dan berpengaruh dalam parti itu.

Majlis Syura PAS, yang membuat keputusan itu pada mesyuarat di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas, turut melantik Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Sebelum ini, Haron yang berasal dari Bohor Mali, Kangar, Perlis, adalah Timbalan Musyidul Am PAS dan merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’).

Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Syariah dari Universiti Darul Ulum, Kaherah, Mesir, Haron bergiat aktif dalam politik sejak 1974 dan pernah beberapa kali bertanding kerusi Parlimen Arau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana