Ini ceritanya...dari Dr Asyraf yang atur pertemuan damai Ustaz Kazim-Dr Asri

Dr Asyraf , kiri sekali di pertemuan Ustaz Kazim dengan Dr Asri di Kangar Ahad malam] Banyak tandatanya timbul lanjutan dari pertemuan damai antara Datuk Ustaz Kazim Elias dengan Datuk Dr Asri Zainal Abidin di sebuah cafe di Kangar Ahad malam.

Apa penting tentunya pertemuan mengejut itu telah menamatkan satu episod pertelingkahan terbuka dua tokoh agama ternama.

Kebimbangan jika berlarutan ia boleh menjejaskan kerja-kerja dakwah serta mencetuskan pelbagai implikasi yang negatif.

Mungkin ada yang tidak tahu orang penting dicelah pertemuan berkenaan ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ,Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi.Beliau juga ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Wartawan Agendadaily dapat peluang untuk mendapat sedikit kisah lebih lanjut mengenai pertemuan itu apabila bersua dengannya selepas majlis perasmian sidang Parlimen oleh Yang Dipertuan Agong pagi Isnin.

Dr Asyraf antara lain memberitahu Ustaz Kazim telah membatalkan satu programnya di Singapura semata-mata untuk terbang pulang bagi menghadiri pertemuan dengan Dr Asri.

Bagaimana pula dengan kemunculan Raja Muda Perlis di pertemuan itu?

BERIKUT IALAH TRANSKRIP TEMUBUAL RINGKAS AGENDADAILY DENGAN DR ASYRAF DI BANGUNAN PARLIMEN :
Agendadaily: Boleh Datuk ceritakan latar belakang pertemuan Ustaz Kazim- Dr Asri semalam?

Dr Asyraf : Saya nak kalau boleh benda ini tak high profile (tidak dibesar-besarkan) . Sebenarnya semalam (kami) cuma sembang-sembang.

Kedua-duanya merupakan sahabat saya.Bila saya bercakap dengan Dr Asri dan Ustaz Kazim Elias, ( rupanya) mereka sebenarnya tak pernah bertemu antara satu sama lain.

Mereka pernah bersalam dalam satu majlis. Itu sahaja tetapi mereka tidak memahami antara satu sama lain.

Saya kira masalah boleh selesai kalau masing-masing boleh bertemu mata kerana isu yang dibangkitkan lebih kepada isu yang masing-masing ada hujah tersendiri.

Alhamdulillah...semalam selesai dengan baik dan yang paling penting mereka telah menunjukkan contoh yang amat baik sekali dengan meletakkan ketepi soal ego, mereka berjiwa besar fan saling maaf memafkan dan kita lihat ke hadapan.

Agendadaily: Jadi Datuk ambil inisiatif temukan mereka ?

Dr Asyraf : Ini adalah hasil persahabatan kami yang telah lama. Saya dengan Dr Azri sejak UIA. Ustaz Kazim pun. Jadi saya telefon kedua-dua belah pihak dan mereka bersetuju.

Saya dapat restu dari Datuk Jamil Khir sendiri yang meminta saya terus uruskan secepat yang mungkin.

Kalau ikutkan Ustaz Kazim ada program di Singapura tetapi dia batalkan program dia pada malam itu. Dia terbang ke Pulau Pinang dan kami sama-sama (naik kereta) dari Pulau Pinang pergi ke Perlis.

Kita nak selesai benda ini supaya tak timbul fitnah. Sekarang ini yang jadi masalah ialah fitnah daripada penyokong masing-masing yang ada yang bersifat ekstrim, melampau...jadi bilamana kedua-dua belah pihak setuju bertemu, saya kira ini dapat menyelesaikan banyak masalah.

Agendadaily : Bagaimana dengan kehadiran Raja Muda Perlis di situ ?

Dr Asyraf : Sebenarnya kita bertemu di cafe yang dimiliki Raja Muda. Jadi bila Raja Muda tahu kehadiran saya sekali, sebab saya merupakan ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Perlis.

Baginda sertai pun selepas kami sudah habis berbincang. Jadi kebetulan.

Kita selesai dalam satu hari. Ini semua kuasa Allah yang menentukan segala-galanya dan ada hikmah berlaku.

Dan ingin saya katakan kedua-dua tokoh ini berjiwa besar.

Soal kesilapan...masing-masing ada kesilapan. Kita tak boleh lari dari kesilapan.

Yang penting kita harus berjiwa besar, harus melihat kehadapan dan kita tak bincang soal yang lepas-lepas.

Agendadaily: Walaupun kedua-duanya sudah berdamai tapi nampaknya ada penyokong masing-masing yang tak boleh terima?

Dr Asyraf : Kita kena faham, perbezaan pandangan sudah berlaku sejak zaman berzaman. Ulama-ulama, mazhab-mazhab sudah berbeza. Yang paling penting di kalangan ulama ialah mereka boleh berlapang dada.

Saya harap penyokong-penyokong pun berlapang dada. Kita dalam Islam berbeza pandangan tidak salah dan masing-masing boleh mengekalkan pandangan mereka. Masing-masing boleh mendakwa pandangan mereka lebih kuat. Itu terserah.

Tetapi dalam Islam kita ada adab-adab dalan berbeza pandangan dan kita juga ada prinsip Tasamuf atau prinsip berlapang dada. Jadi ini kita segarkan dalam kontels Malaysia.

Dua orang ini telah menunjukkan contoh terbaik. Dalam kita berbeza kita tak cakap siapa betul siapa salah.

Masing-masing kekal. Dr Asri ada pandangan dia dan Ustaz Kazim ada pandangan dia tetapi yang paling penting Tasamuf, berlapang dada, hormat menghormati dan agree to disagree. Masing-masing setuju untuk tidak bersetuju. Yang paling penting ukhwah Islamiah itu harus dipertahankan.

TERBARU : Ustaz Kazim dan Dr Asri akan sertai program Diskusi di TV Hijrah jam 9 Selasa malam 10 Mac.Moderator program itu ialah Dr Asyraf.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana