Ini Baru Betul.....PM saman Tony Pua fitnah 1MDB dakwanya Raja skandal terbesar...

Kita tunggu tengok gelagat orang kuat DAP,Tony Pua di mahkamah pula kerana sedap mulut main fitnah Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak 'rompak' rakyat menerusi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semalam,Khamis peguam Najib telah fail surat saman terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang kebelakangan ini cukup galak buat pelbagai tuduhan pasal 1 MDB.

Saman berkenaan yang difailkan oleh tetuan Hafarizam, Wan Aisha and Mubarak di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah berkaitan ucapan Tony Pua di satu majlis makan malam DAP November lalu.

Ucapan padfa 3 November dilaporkan dibawah bertajuk "Tony Pua: Najib is creating the biggest scandal ever in the history of Malaysia."

Sebelum saman itu difailkan,pada 21 November surat tuntutan telah dihantar kepada Tony Pua agar memohon maaf atas dakwaan fitnahnya itu.

Beliau diberi 14 hari untuk berbuat demikian.

Dalam ucapan itu Tony Pua antara lain mendakwa Perdana Menteri kini seperti Raja dan tiada siapa kalangan pemimpin UMNO,MCA atau Gerakan berani menegur.

Pada 26 Februari lalu,peguam Perdana Menteri telah mengemukakan surat tuntutan kepada pengurusan lidah rasmi PAS,Harakah kerana penyiaran satu artikel yang diakwa fitnah.

Surat tuntutan juga baru-baru ini dikemukakan terhadap Setiausaha Agung PKR,rafizi Ramli.

Rabu, dua hari lalu Perdana Menteri telah ambil langkah berani untuk mematikan tomahan terhadap IMDB.

Ini menerusi bawa mengadap pengurusan dan juru audit IMDB mengadap para anggota kabinet dan menjawab pelbagai soalan dari mereka.

Kabinet telah mengesahkan tiada salah laku dalam aktiviti IMDB.

Najib jujga mengarahkan Ketua Audit Negara sendiri memeriksa akaun IMBD dan kemudian disusuli oleh pemeriksaan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

PAC dianggotai oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana