Ini Bangkai Jangan Terbiar Lama... Nanti Baunya Busuk!

Pernah jadi Ahli Parlimen BN kununnya mahu jadi HERO...!

Entah apalah malanya nasib YAB Datuk Sri Najib apabila ada spesis spesis seperti ini dalam pimpinan UMNO...? Kununnya mahu pertahankan Nurul Izzah dengan menyebutkan tentang IMUINITI dalam Parlimen....

Apakah seseorang Ahli Parlimen boleh bercakap apa sahaja di Parlimen?

Imuniti atau keistimewaan yang diberi kepada seseorang ahli Parlimen di bawah Artikel 63 Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak, total dan bebas sepenuhnya sebaliknya masih mempunyai sekatan dan batasan tertentu.

Berdasarkan Artikel 63 (4) Perlembagaan yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang dicakapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara.

Empat perkara tersebut ialah :

a) berhubung Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu,

b) Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,

c) Artikel 181 tentang raja-raja Melayu dan keempat,

d) perkara yang tergolong kepada definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

‘‘Maknanya jika yang dibangkitkan Ahli Parlimen itu menyentuh soal Artikel 153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka seseorang ahli parlimen itu boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam Parlimen.

Apabila anak sulung Anwar itu meroyan, meraban, melalak sewakyu berucap dalam Dewan Rakyat tempoh hari menghina Yang Arif Hakim Hakim dengan kata kata;
“…Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan,” ini ucapan Nurul Izzah di parlimen pada 10 Mac 2015.
Nurul Izzah telah menyentuh perkara yang berkaitan dengan perkara d) di atas bila menuduh hakim menjual diri mereka kepada syaitan.

‘‘Sebelum ini pun sudah ada beberapa kes salah laku ahli parlimen dalam dewan rakyat. Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4).

Baca Lagi....Kat Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana