Ini alasan Tony Pua pasal tweet 'royal my foot'...

 Ini nampak macam nak pusing cerita.Itu kisahnya bila Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ditanya para wartawan pasal tulisan di twitternya petang Isnin 'Royal my foot' yang polis hendak panggil beliau bagi keterangan.

Ditemui di lobi Parlimen Selasa beliau memberi alasan telah memadamkan tulisan itu pada twitternya kerana Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak faham makna disebaliknya.

Keseluruhan tulisan di twitternya sebagai rekasi penahanan Nurul Izzah untuk siasatan kes demo liwat dan tuduhan terhadap hakim dalam sidang Dewan Rakyat ialah "Bastards. Real bastards. Royal my foot'.

Membaca dalam konteks bahasa kasar itu dengan apa yang dirujuknya, siapa saja dapat membuat andaian apa maksud 'Royal my foot'.

Paling dekat ialah perkataan 'royal' itu dipercayai Royal Malaysian Police yakni PDRM.

Yang pasti tidak mungkin perkataan 'royal' itu tidak membawa maksud apa-apa.

Khalid kata Tony Pua akan dipanggil untuk beri keterangan mengenai tulisan berkenaan.

Dakwa Tony Pua tulisan itu tidak merujuk kepada Raja-Raja Melayu.

"Sesiapa yang fahami bahasa Inggeris akan tahu,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana