Hudud: PKR rasmi tolak...namun harapan masih ada bagi PAS

PKR secara rasmi akan tolak usul persendirian PAS mengenai Hudud di Parlimen bila dibentangkan namun harapan untuk 'lepas' masih ada.
Berdasarkan perkiraan majoriti mudah dari 222 Ahli Parlimen memerlukan 112 undi.

Jika campur 21 Ahli Parlimen PAS dan 88 UMNO cuma ada 109.

Makanya diatas kertas jumlahnya kurang 3 undi untuk itu.

Ini belum kira lagi 10 Ahli Parlimen beragama Islam dari Parti Pesaka Bumiputra Sarawak (PBB).

Juga satu bekas PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak.

Jika katakan mereka semua sokong maka jumlahnya 120 undi.

Kalau tolak pula Ahli Parlimen UMNO/BN kawasan Beluran Sabah,Datuk Ronald Kiandee yang bukan beragama Islam,jumlahnya 119.

Kalau kira kasar begitu jawabnya cukup untuk lepas majoriti mudah.

Pendirian rasmi PKR tidak sokong diumum menerusi satu kenyataan awal petang Sabtu.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan semua barisan pimpinan utama parti itu.

Alasan yang diberi ialah kerana PAS telah ambil langkah bersendirian dan melanggar mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Februari.

DAP juga secara terbuka sudah awal-awal tolak.Dua Ahli Parlimen Islam DAP ialah Zairil Khir Johari dari kawasan Bukit Bendera dan Dato Mohd Ariff Sabri dari Raub.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana