HUDUD: Penjelasan Yang Senang DIFAHAMI, Akhirnya Pas sedar siapa Kafir DAP, PKR dan Siapa UMNO

Rakan sekutu PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR dengan jelas menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian hudud sekiranya dibawa ke Parlimen.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkongsi masalah yang dihadapi PAS bersama rakan sekutunya serta menjawab pandangan umum berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Malaysiakini: Ada pihak berpendapat undang-undang hudud tak patut dilaksanakan sekarang kerana sehingga kini, kerajaan negeri masih gagal untuk menguruskan masalah rakyat dari segi ekonomi dan hal-hal lain. Jadi kenapa mesti nak laksanakan hudud sekarang juga?

Mohd Amar: Dari segi ekonomi kita buat juga, program-program lain pun kita buat. Undang-undang lain pun kita buat. Ini sebahagian daripada pentadbiran. Takkanlah buat satu benda sahaja. Kerajaan macam pasar raya, semua barang ada, bukan jual satu barang sahaja. Di pasar raya ada pakaian, makanan, aksesori. Jadi kerajaan macam itu jugalah.

Tapi ada yang mengatakan, Kelantan patut memastikan negeri ini bebas kemiskinan terlebih dahulu sebelum nak melaksanakan hudud bagi memastikan tiada kecurian berlaku?

Bila nak jumpa (negeri macam itu)? Boleh beritahu saya di mana negeri macam itu di dunia? Mana ada dalam dunia ini yang negeri macam itu. Ia seolah macam utopia. Utopia ialah sesuatu yang kita tak boleh nak dicapai. Tak mungkin.

Zaman Nabi dulu majoriti orang Islam, termasuk Rasulullah juga miskin. Dalam keadaan majoriti orang miskin dan hidup susah, undang-undang jenayah sudah dijalankan dan undang-undang jenayah itu bertujuan untuk menghukum orang jahat, bukan hukum orang miskin. Kalau masyarakat itu baik semuanya, apa yang jadi masalah.

Walaupun hudud hukum Allah, tetapi ada kebimbangan terhadap pihak yang akan melaksanakannya kerana bimbang ia tidak dilaksanakan dengan betul?

Kebimbangan semua orang ada. Macam takut nak beli kereta kerana takut kemalangan. Adakah kerana itu kita tak pakai kereta? Saya ambil analogi sahaja. Adakah ia satu pendapat yang betul? Macam kapal terbang jatuh, adakah kerana itu kita semua tak nak naik (kapal terbang)? Tak boleh begitu, ia salah. Sebab benda yang melibatkan kemalangan memang tak boleh lari dan dalam kes mesti ada satu, dua kesilapan. Kita tak nafikan, tapi kita akan cuba yang terbaik.

Paling penting dalam perspektif kita ialah melaksanakan tuntutan agama sebab dalam Islam, bila kita ada kuasa politik, bila jadi kerajaan, antara perkara yg kita perlu buat ialah menegakkan undang-undang jenayah Islam. Setelah 23 tahun, kita rasa ini adalah masa yang sesuai.

Dan kita nak jadikan ia sebagai sebahagian daripada undang-undang. bukan mesti laksana terus. Laksana bergantung kepada keadaan kalau tak ada kes yang berlaku kita tak hukum sesiapa. Bukan bila undang-undang ini ada kita nak cari orang untuk potong tangan. Itu bukan tujuan undang-undang ini, sebab tujuan utama ialah mencegah.

Bila letak hukuman keras, kita harap masyarakat akan rasa takut untuk melakukan jenayah. Hari ini orang rasa tak bimbang nak buat kesalahan. Kerana dia tahu paling kurang pun dia kena denda RM400, RM500 kemudian keluar (penjara). Jadi tak ada perasaan takut. Bila curi kena potong tangan, orang akan fikir dua, tiga kali.

Bukan bila kita lulus undang-undang ini kita cari orang, kemudian potong tangan. Tidak. Bila baca balik enakmen ini, ada 20 keadaan di mana hukuman potong tangan tak boleh dikenakan. Jadi undang-undang Islam ini untuk wujudkan perasaan takut dalam hati. Perspektif itu yang penting.

Bila hukuman ini akan dilaksanakan?

Langkah pertama, perlu lulus dalam dewan (DUN). Langkah kedua, bawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen untuk buat pindaan pada Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah 1965). Kalau diluluskan, empat daripada enam kesalahan jenayah hudud dah boleh dilaksanakan. Yang tak boleh (dilaksanakan) ialah potong tangan, rejam, hukuman bunuh sebab itu dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil. Daripada situlah, kita memerlukan kepada Perkara 76A (1) Perlembagaan (untuk memberikan kuasa kepada negeri melaksanakan undang-undang). Kalau itu lulus di Parlimen, barulah keseluruhan undang-undang itu dibuat dan prosesnya bergantung pada langkah-langkah ini.

Datuk Seri Shahidan Kassim kata tidak boleh bawa rang undang-undang persendirian pada sidang Parlimen kali ini kerana jadual penuh?

Kita ada masa. Tengok pada peraturan Parlimen, kita hanya perlu 14 hari daripada tarikh untuk dibentangkan dalam Parlimen. Parlimen sampai 9 April depan. Kita ada masa lagi.

Jadual kerajaan penuh, betul. Tapi kita boleh masuk usul pada bila-bila masa. Yang penting cukup masa 14 hari, lepas itu masalah naik atau tidak usul tersebut, itu isu kedua. Nak masuk usul, bila-bila masa boleh masuk.

Kenapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian, dan bukan Datuk Takiyuddin Hassan (ahli Parlimen Kota Bharu)?

Kelantan mencadangkan supaya Hadi yang bawa. Datuk Takiyuddin akan bawa Perkara 76A(1) sebab ia spesifik untuk Kelantan. Jadi kemungkinan wakil rakyat dari Kelantan akan bawa, tapi pindaan Akta 355 ini umum dan bukan spesifik di Kelantan jadi Hadi orang paling sesuai, itu pandangan kita.

Kenapa tidak berbincang dengan Pakatan Rakyat terlebih dahulu tentang pemilihan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bawa rang undang-undang persendirian di Parlimen?

Kalau kita bincang adakah Pakatan akan setuju? Saya nak cerita, DAP kata kita tak bincang dengan dia. Waktu bincang Khamis lepas, dua wakil Kelantan pergi iaitu Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan, Datuk Nasaruddin Daud bersama Datuk Takiyuddin memberi keterangan tentang ini (enakmen hudud). Dia (DAP) mengadu suruh kita buat macam ini, tetapi bila Takiyuddin tanya Gobind Singh (peguam DAP) "kalau kita ikut youpunya cadangan, adakah you akan sokong?" Dia tak sokong juga. Jadi apa gunanya. Apa gunanya kita nak bincang, sebab dia tidak akan sokong juga.

Apa yang DAP bimbangkan?

Itu saya tak tahu, awak kena tanya merekalah.

Tapi di laman sosial ada juga orang bukan Islam bising mengenai pelaksanaan ini?

Bukan orang bukan Islam, tetapi DAP. Orang bukan Islam tak ada (bising). Di Kelantan, awak boleh buat tinjauan, mereka OK dan tak ada masalah (dengan pelaksanaan hudud). Yang bising ialah ahli politik sebab mereka ada niat politik. Baca di Facebook, mereka ramai yang bukan Islam sokong.

Niat politik? Niat politik macam mana?

Itu saya tak tahu. Kena tanya DAP

Ada mereka beritahu tentang perkara yang mereka tak puas hati berkaitan rang undang-undang ini?

Tak ada. Alasan mereka macam ini, mereka kata tak bincang. Empat kali saya jumpa dengan semua pimpinan Pakatan Rakyat. Empat kali saya berbahas, saya mewakili Kelantan. Dalam pertemuan ini semua hujah dia, dia tak boleh pertahan. Dia kata bukan rangka kerja dasar yang sama. Kita kata memang bukan, sebab hudud muncul 1993, masa itu Pakatan tak ada lagi. Jadi memang tidak akan ada dalam (dasar) itu. Jadi kita buat benda yang sudah memang ada.

Takkan bila ada Pakatan kita nak tinggalkan perjuangan kita. Masa saya mula-mula bentang di ibu pejabat DAP, kita berbahas dan masa itu Datuk Seri Anwar (Ibrahim) semua ada, akhirnya masa itu kita buat keputusan untuk setuju untuk tidak bersetuju dan Pakatan tak akan halang PAS untuk meneruskan agenda politik. Sangat jelas masa itu.

Kemudian, kita bincang lagi, dan dia kata benda ini (enakmen hudud) benda baru. Ini bukan yang baru, tapi ini pindaan kepada apa yang sudah ada pada 1993. Dia kata tak betul formatnya. Jadi, Takiyuddin tanya, "kalau ikut 100 peratus macam you nak, adakah akan sokong?" Mereka kata tak sokong juga. Jadi apa gunanya?

Harapan PAS pada PKR dalam isu ini?

Kita hanya boleh berharap mereka (PKR) boleh ada faham dengan kita sebab kita pun banyak bertolak ansur contoh dalam isu pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita tak ganggu, walaupun kita tak setuju, kita tak bising, kita tak serang. Tak boleh ke kalau DAP ambil pendirian yang sama macam kita. Dia tak setuju, itu tidak apa. Tapi jangan serang, ugut, jangan tekan kita.

Kalau nak gaduh, dah lama kita boleh bergaduh dengan DAP mengenai isu PBT ini tapi sebab tak nak rosakkan Pakatan, kita ambil pendirian untuk senyap. Kita dah suarakan pendirian kita dan kemudian, senyap. Dan kita tak tekan, tak desak. Kalau Dap boleh ambil pendirian macam itu. Kita PAS bertolak ansur untuk Pakatan, isu Negara Islam, sanggup tukar jadi Negara Berkebajikan. Walaupun isinya sama tapi kita tukar juga, walaupun kita dimarahi pengundi kita. Isu kalimah Allah pun kita ambil pendekatan terbuka.

DAP mesti berani berdepan dengan pengundi, beritahu pengundi "Ini hak orang-orang Islam, undang-undang ini hanya untuk orang Islam kita tak perlu bimbang apa-apa biar PAS uruskan dengan orang Islam", itu sahaja yang kita harap tapi itu pun dia tak boleh buat, jadi kita nak kata apa? Maka serah pada DAP dan PKR untuk buat keputusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana