Hina hakim...Nurul Izzah tempah tiket ke penjara?

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Pada Selasa ketika membahas titah DiRaja, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah begitu syok mengutuk hakim mungkin kerana dia ingat dia ada imuniti, walhal tindakannya itu sebenarnya ibarat menempah tiket ke penjara.
Mungkin Nurul ingat kekebalan Parlimen membolehkan dia cakap ikut sedap mulut, termasuk mencaci pemimpin, institusi raja dan institusi kehakiman.

Mungkin juga anak Anwar Ibrahim itu ingat kekebalan parlimen itu bermaksud tak ada sesiapapun boleh mempersoalkan atau menghukum apa saja yang keluar dari mulut celuparnya semasa dalam prosiding Parlimen.

Akhirnya dia terkucil apabila pada Rabu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman sudah "titik" dia cukup-cukup.

Pada Khamis pula bekas peguam bapanya, Datuk Zulkifli Noordin bertindak satu langkah lebih jauh dan berani, iaitu membuat laporan polis terhadapnya.

"Walaupun perlembagaan memberikan Ahli Parlimen imuniti daripada tindakan pendakwaan di mana-mana mahkamah dalam apa-apa perkara yang mereka lakukan atau sebut di dalam dewan, tetapi ini tidak melindungi mereka daripada beberapa perkara.

"Antaranya apabila mereka membuat kenyataan menyentuh Raja-Raja, mempersoalkan kedudukan orang Melayu Islam, hakim (mahkamah) dan beberapa Suruhanjaya.

"Dalam keadaan ini, kenyataan-kenyataan itu berbaur hasutan , tindakan pendakwaan boleh dikenakan," kata Zulkilfi ketika ditemui pemberita selepas dia membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

"Saya buat laporan ini atas kapasiti saya sebagai seorang peguam. Yang dihina ini ialah mahkamah dan hakim-hakim dan dia secara khusus menumpukan kepada hakim-hakim kes bapa dia.

"Kita walaupun sebagai rakyat Malaysia perlu memelihara beberapa institusi yang menjadi institusi teras negara, termasuk mahkamah.

"Saya lihat akhir-akhir ini sebagai satu perancangan yang halus menyerang institusi teras negara seperti Raja-Raja, Perdana Menteri, Mahkamah, hakim termasuk hakim mahkamah syariah, institusi polis, pencegah rasuah seperti SPRM dan yang lain. Jika dibiarkan boleh menggugat institusi tersebut," tambah Zulkifli yang ditemani oleh sahabatnya, Zahid Md Arip.

Menurut Zulkifli laporan itu dibuat selepas dia menonton video di YouTube ucapan Nurul Izzah semasa menyampaikan ucapan dalam Bahas Titah DiRaja dalam sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac, 2015.

Antara petikan ceramah Nurul ialah:

"Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani merela demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan."

Menurut Zulkifli dia percaya Nurul Izzah membuat ucapan itu dalam konteks mempertikaikan penghakiman lima orang hakim mahkamah persekutuan yang pada 10 Februaei lalu menolak rayuan bapanya, Anwar dan mensabitkannya bersalah meliwar pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

"Saya sesungguhnya percaya kenyataan Nurul Izzah bukan sahaja menghina dan mencerca hakim, malah berbaur hasutan kerana membawa kepada rakyat dan orangramai mempertikai dan memandang hina hakim-hakim mahkamah tersebut," kata Zulkifli dalam laporannya kepada polis.

Zulkifli berkata dia percaya kenyataan Nurul tidak dilindungi oleh kekebalan seorang Ahli Parlimen seperti diperuntukkan di bawah Perkara 63 Fasal (2) Perlembagaan berdasarkan Perkara 63 Fasal (4) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa kekebalan seseorang Ahli Parlimen di bawah Fasal (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

"Ini pernah dilakukan pada 1982 apabila Datuk Mark Koding, Ahku Parlimen dari Sabah dikenakan tindakan pendakwaan di bawah akta hasutan di mahkamah walaupun ucapan itu dibuat dalam dewan.

"Keputusan Datuk Mark Koding lawan pendakwaraya itu dibuat di Mahkamah Persekutuan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana