Hina Hadi habis-habisan... strategi DAP pecahkan PAS

Sekilas ikan di air, sudah kita tahu jantan betina... bagi yang baca kenyataan penuh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Selasa berkaitan keputusan DAP untuk kekal dalam pakatan pembangkang, nampak jelas beliau menyalahkan hanya seorang individu terhadap kemelut Pakatan, iaitu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketika ini musim pemilihan PAS di kawasan-kawasan... jika lihat pada situasi yang ada, Haji Hadi akan mempertahankan jawatan beliau, sudah pasti menyukarkan penyokong DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu.

Menyejutkan membaca penghinaan bertubi-tubi Guan Eng terhadap Haji Hadi termasuk dengan mengatakan pemimpin tertinggi PAS itu sebagai tidak jujur dan tidak bermaruah.

Dalam kenyataan penuh tersebut Guan Eng berulang kali menyalahkan Haji Hadi dan mendakwa Presiden PAS itu berkerjasama dengan UMNO.

"Pengkhianatan Hadi terhadap keputusan bersama yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Kegagalan Hadi untuk menepati kata-kata sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan;

"Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian oleh Hadi pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

"DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau," kata Guan Eng.

Menurut Guan Eng lagi, oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.

"DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan," kata beliau.

Untuk rekod Guan Eng merupakan kawan baik kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ketika banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini kedatangan beliau ke negeri itu bersama Mat Sabu disambut Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Husam adalah satu-satunya pemimpin PAS yang cukup pencalonan untuk melawan Haji Hadi dalam pemilihan PAS Jun ini.

Haji Hadi ketika sidang media selepas penutupan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di Terengganu Ahad lalu berkata DAP perlu cermin diri sebelum memanggil PAS sebagai pengkhianat kerana parti itu juga pernah membelakangkan PAS, termasuk dalam isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

Beliau berkata tiada istilah 'khianat' kerana DAP menerusi penasihatnya Lim Kit Siang telah menandatangani kenyataan bersama pada tahun 2011 yang 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam pelaksanaan hukum hudud.

Turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah Anwar.

"Kami buat kenyataan bersama bahawa kami (Pakatan Rakyat-PR) menerima hakikat itu adalah hak kerajaan Kelantan (untuk melaksanakan hudud) dan kami beri ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju.

"Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa.

"Macam dalam isu pilihan raya PBT, kami (PAS) tidak setuju, tapi DAP tetap kemuka dalam (sidang) dewan (undangan) negeri dia (Pulau Pinang). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana