Hello YB: Mahfuz Kena 'Troll' Di Parlimen

KUALA LUMPUR 11 Mac - Keengganan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar (PAS) memberi laluan kepada ahli parlimen lain mencelah memakan dirinya sendiri.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) mengusik Mahfuz seperti adegan tele-konferens antara Ketua Penerangan PAS itu dengan bekas ahli Unit Tindakan Khas Polis, Sirul Azhar Umar/

"Helo YB! Helo YB! Hello!," usik Noh di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Bulan lepas, Mahfuz  gagal mengadakan tele-sidang dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas, Koperal Sirul Azhar Omar yang kini ditahan di Australia.

Beliau hanya kedengaran lebih banyak berkata ” Hello…Hello” sepanjang tele-sidang itu sambil diperhatikan petugas media yang dijemputnya.

Mahfuz juga gagal mengadakan sidang media bersama Ibu Sirul keesokkannya hingga menimbulkan kemarahan kepada pengamal media yang hadir mahu membuat liputan di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

mahkamah Persekutuan pada 13 Januari, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul bersama seorang lagi bekas anggota UTK, Cif Inspektor Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang, antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah penghakiman diumumkan dan kemudian didapati sudah berada di Australia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana