Hari bahagia dua Najwa... PM dan TPM bakal dapat menantu hujung Mac ini

Macam berjanji pulak... masing-masing Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bakal menerima menantu pada penghujung Mac.
Yang menariknya, PM dan TPM bakal menerima menantu lelaki selepas anak kedua-duanya adalah perempuan yang mempunyai nama serupa... iaitu Najwa.

Anak perempuan Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa (gambar kiri) akan diijabkabul dengan tunangnya Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan di Kuala Lumpur Convection Centre (KLCC) pada 28 Mac.

Mereka bertunang empat tahun lalu setelah berkenalan ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat.

Difahamkan selain majlis di KLCC, kenduri juga akan diadakan di Seri Perdana Putrajaya dan kawasan parlimen Najib di Pekan, Pahang.

Manakala anak perempuan TPM dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Najwa (gambar kanan) akan bernikah dengan tunangnya Idris Koh Heng Hui pada 26 Mac di Sri Satria Putrajaya.

Majlis resepsinya pada 29 Mac di Hotel Shangrila Kuala Lumpur.

Najwa dan Idris yang masing-masing terbabit dalam industri hiburan sebagai penyanyi dan pemuzik, bertunang pada 8 Disember tahun lalu setelah bersahabat selama beberapa tahun.

Percintaan Najwa dengan Idris, pemilik syarikat Le Koof Music yang juga seorang pemuzik dan ahli kumpulan Bassment Syndicate itu bermula sebagai kawan biasa.

Setelah sekian lama mengenali karakter serta pemikiran masing-masing, akhirnya persahabatan yang terjalin itu bertukar menjadi serius.

“Kami sebenarnya sudah kenal sejak tujuh tahun lalu, tetapi hanya beberapa bulan yang lalu, barulah kami mula serius berkawan.

“Segalanya bermula apabila dia (Idris Koh) meluahkan perasaan terhadap saya dan saya pula terfikir, mengapa tidak saya terima.

“Lagipun dalam kalangan rakan-rakan kami, memang ada yang bercinta dan kemudian mendirikan rumah tangga dengan kawan baik sendiri.

“Alhamdulillah, keluarga saya mahu pun keluarga dia tidak menghalang perhubungan kami. Lagipun, keluarga saya sendiri memang sudah lama kenal dengan Idris" kata Najwa dalam interbiu dengan sebuah portal hiburan sebelum ini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana