Hanipa, Mohd. Hatta Malukan PAS – Tuan Ibrahim

Kumpulan yang dilabelkan sebagai Anwarinas dalam Pas terus memberi tekanan kepada parti itu apabila menegaskan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bukan keutamaan pakatan pembangkang ketika ini.

Saling tidak tumpah dengan pendirian DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), nada yang didendangkan dua Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamed Hanipa Maidin dan Dr. Mohd. Hatta Ramli itu jelas membelakangkan pucuk pimpinan.

Malah, Mohamed Hanipa, yang ketika ini terpalit kontroversi akibat kritikan keras terhadap kumpulan ulama, sekali lagi menyelar kepemimpinan Pas yang dakwanya membuat kenyataan berbeza mengenai hudud berbanding pakatan.

“Mana-mana pihak dalam pakatan pembangkang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan (mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan) secara berasingan. Sebarang kenyataan perlu dibuat secara bersama.

“Lagipun ketika ini kita tidak berminat kepada perkara-perkara lain selain mencari jalan bagaimana hendak berhadapan dengan Barisan Nasional (BN). Jangan melebihkan kepentingan kita daripada kepentingan rakyat.

“Kalau pakatan berpecah, ini tidak elok untuk rakyat,” katanya dalam sidang akhbar sebagai mengulas kata dua yang diberi Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai hudud di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Tuan Ibrahim memberi ‘amaran’ kepada DAP dan PKR supaya bersetuju dengan langkah Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, jika tidak mahu kerjasama politik yang dijalin antara pakatan pembangkang terlerai.

Sementara itu, Mohd. Hatta berkata, fokus terhadap pemulihan Kelantan selepas banjir lebih utama berbanding hudud.

“Apabila diminta membuat pilihan antara hudud atau pemulihan banjir, memang wajar ia (pemulihan banjir) diberi keutamaan,” katanya sambil menjadikan tinjauan Merdeka Centre sebagai alasan untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.-Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana