Guling Hadi : Mat sabu - Hatta enggan komen...Kenapa Perlu Takut Nak Ulas?

SABAK BERNAM: Dua pimpinan kanan PAS Pusat yang didakwa terlibat dalam komplot menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengelak daripada menjawab soalan wartawan bersabit isu itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hanya berkata 'tiada komen' dan terus beredar ke kenderaannya selepas menghadiri perjumpaan antara pimpinan PAS Pusat dengan negeri sekitar kawasan Banting, hari ini.

"Komen apa ni? Sebarang jawapan pada jawatankuasa. Saya hanya akan jawab (isu tersebut) pada jawatankuasa," katanya kepada Antarapos ketika ditemui pada Majlis Kenduri Rakyat dan Meraikan Petugas Banjir bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu sebelum ini berkata hanya akan menjelaskan dakwaan ke atas dirinya itu kepada Hadi sendiri dan jawatankuasa yang ditugaskan menyiasat perkara itu, sekiranya diminta.

Seorang lagi yang disabitkan dakwaan itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli turut mengambil pendekatan yang sama.

"Saya nak tahu dulu soalan (dripada pemberita) apa yang ditanya...tanya dulu..tanya dulu..

"Tiada komen," katanya selepas diajukan mengenai dakwaan itu sejurus bergegas ke kenderaannya.

Hatta sebelum ini didedahkan sebagai antara dalang gerakan menjatuhkan Hadi dan golongan ulama dalam PAS.

Antarapos sebelum ini berkali-kali menghubungi Hatta, namun jawapan yang diterima menghampakan berikutan Ahli Parlimen Kuala Krai itu enggan mengulas lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana