GST...polis tahan 80 aktivis Pakatan buat kecoh di pejabat kastam...Bangangnya Puak PR ni

Ketika 160 buah negara lain di seluruh dunia tenang-tenang tak ada dan hal lama pakai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di sini puak Pakatan cuba macam-macam cara untuk kacau menjelang tarikh ia dikuatkuasakan 1 April.

Segalanya cuba diwarnai dengan gelagat semberono kecoh mereka seperti juga dalam usaha mempertahankan jenayah keji meliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam usaha itu,sektar 11.15 pagi Isnin hampir 100 orang aktivis pembangkang cuba buat bantahan 'sit-in' di komplek Kastam Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya.

Suasana menjadi riuh rendah di situ bila mereka menyerbu masuk.

Gimik mereka membawa 106 soalan untuk dijawab oleh pihak kastam berhubung GST.

Lebih 50 anggota polis telah berkawal di sekiutar komplek itu untuk elak kekecohan.

Gelagat mereka diketuai oleh Setiausha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Turut kelihatan di situ ialah orang kanan NGO pro Pakatan sepertri Safwan Anang,A Samad Said serta pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan Dr Zulkifli Ahmad.

Sementara itu mereka terus buat demo 'sit-in' hingga pejabat berkenaan hendak tutup jam 5 petang.

Ini mendorong polis memberi amaran agar mereka bersurai.

Namun mereka berdegil.Berikutan itu polis terpaksa bertindak menahan sebahagian dari peserta.

Dianggarkan sekitar 80 dari mereka ditahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana