Golongan bukan ulama pun boleh tanding jawatan Presiden PAS - Iskandar Samad

SHAH ALAM: Tidak ada sebarang ketetapan dikeluarkan oleh PAS Selangor untuk hanya mencalonkan golongan ulama dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada Jun depan.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad memberitahu terpulang kepada ahli-ahli parti memilih sesiapa yang layak dan berkredibiliti untuk dinamakan sebagai calon bagi menjadi pemimpin parti.

"Sejak dari dahulu lagi PAS Selangor tidak mengeluarkan arahan atau ketetapan dalam pemilihan parti. Ia terpulang kepada mereka untuk menentukan sesiapa sahaja yang layak memimpin parti.

"Tetapi, kepimpinan dari golongan ulama adalah dasar dan prinsip PAS sejak sekian lama dan perlu diteruskan. Parti ini  sebagai sebuah parti yang turut melibatkan soal dakwah, tarbiah dan politik adalah lebih sesuai ianya dipimpin oleh kepimpinan ulama," katanya yang ditemui di sesi pendengaran Jawatankuas Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung 'Penyelenggaraan dan Pemantauan Perumahan PPR Selangor' semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali telah menegaskan seluruh kepemimpinan PAS akan mempertahankan kedudukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada sebarang konspirasi untuk digulingkan.

Tidak itu sahaja Mustafa memberi jaminan jawatan Presiden yang dipegang Hadi semenjak 2003 itu tidak akan dicabar oleh mana-mana pemimpin parti pada pemilihan parti yang akan datang.

Sementara itu, Iskandar secara peribadinya menolak sebarang pencalonan daripada mana-mana pemimpin Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dalam pemilihan parti.

"Secara peribadi saya tolak (pencalonan anggota PasMa bertanding jawatan tertinggi PAS).

"Sebelum ini telah ada arahan yang jelas kepada ahli-ahli PAS berhubung dengan PasMa ini," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana