Gobind: DAP ambil langkah susulan jika PAS 'langgar' keputusan PR

KUALA LUMPUR: DAP berjanji akan mengambil tindakan susulan yang sesuai jika  kerajaan negeri Kelantan terus membentangkan pindaan Enakmen Jenayah Syariah II  1993, di sidang DUN-nya Rabu depan.
 
Beliau berkata mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini meminta kerajaan negeri meneliti semula draf pindaan berkenaan dan membentangkan semula kepada gagasan itu sebelum dibawa ke DUN.

Bagaimanapun, kata Gobind, jika PAS tetap membawa pindaan itu ke DUN terlebih dahulu, DAP akan 'memikirkan langkah seterusnya'. Beliau tidak menghurai tindakan yang dimaksudkannya.

Gobind berkata PKR turut senada dengan DAP bahawa PAS tidak boleh melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia di luar kerangka kerjasama tiga parti itu.

"PKR mempunyai prinsip persetujuan menyeluruh menerusi rangka kerja dasar sama (CPF), namun mana-mana langkah yang bertentangan dengan CPF, tidak boleh dibiarkan. Pindaan perlu dijadikan sekadar pindaan, bukan rang undang-undang baharu," katanya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada tiga wakil kerajaan negeri yang hadir pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum membuat sebarang keputusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana