Gambar Kereta Mewah Exco Selangor Jadi Viral di Laman Sosial...Bangang Sesuka Hati Parking

SERI KEMBANGAN 11 Mac - Selepas kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya, Beety Chew menjadi viral di laman sosial, kini gambar kenderaan rasmi milik seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor pula menjadi sasaran dan disebar luas.

Dimuat turun di laman sosial, pemilik akaun masing-masing mengecam tindakan kenderaan rasmi milik Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru itu diletakkan di tepi jalan berdepan sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya.

Dalam gambar tersebut, tertera dengan jelas papan tanda larangan meletak kenderaan yang terletak kurang satu meter dari lokasi kenderaan diletakkan.

Exco berkenaan yang juga Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ketika ditanya mengenai insiden itu berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai gambar tersebut.

Katanya, berkemungkinan pemandunya berada dalam kenderaan tersebut dan ia tidak ditinggalkan kosong.

“Saya tak tahu mengenai gambar kereta yang jadi viral di media sosial itu, belum tengok lagi.

“Bila kejadian pun saya tak tahu sebab saya dah turun dari kereta, lepas tu pemandu cari tempat parkir, mungkin dia (pemandu) susah nak dapatkan parkir masa tu,” katanya.

Beliau dalam pada itu akan mengingatkan pemandunya supaya tidak meletak kereta di kawasan larangan lagi pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana