G100 desak Christopher Leong letak jawatan Presiden Majlis Peguam

Sekumpulan 100 peguam yang dikenali sebagai G100 mendesak Presiden Majlis Peguam Christopher Leong meletakkan jawatan berhubung reaksi beliau terhadap penghakiman kes liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hari ini sudah masuk 14 hari kami mengeluarkan kenyataan media pertama kami bertarikh 21 Februari 2015 yang meminta Christopher menarik balik kenyataannya yang mempertikai urusan kehakiman negara.

“Christopher juga telah diminta mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa bersyarat kepada badan kehakiman dan entiti serta badan antarabangsa,” ujar kenyataan tersebut pada Sabtu.

Namun, menurut kenyataan itu, kumpulan G100 kesal apabila satu-satunya ‘maklum balas’ daripada Christopher setakat ini hanyalah mengelak, seperti yang dapat dilihat melalui kenyataannya pada 26 Februari lalu.

G100, sebaliknya, telah memberi maklum balas melalui sebuah kenyataan media pada 1 Mac 2015, yang kekal dengan pendirian bahawa Christopher perlu menarik balik kenyataannya yang mempertikai urusan kehakiman.

Kenyataan Christopher tersebut disifatkan G100 sebagai langsung tidak memperbetulkan apa yang dikatakannya sebelum ini, malah sekadar tindakan lemah untuk mengelak daripada menjawab isu tersebut.

“Selepas memberi tempoh masa yang secukupnya untuk dia menarik balik kenyataannya, kami sangat kecewa kerana sehingga hari ini Christopher telah gagal, menolak dan/atau mengabaikan untuk berbuat seperti yang diminta.

“Kami tidak ada pilihan lain kecuali kini mendesak – seperti yang telah kami ingatkan dalam kenyataan media lalu – agar Christopher meletakkan jawatan serta-merta daripada jawatan Presiden Majlis Peguam.

“Kami juga akan meneruskan saluran undang-undang lain yang akan kami maklumkan kepada umum apabila tiba masanya,” kata G100.

Kumpulan tersebut juga menyatakan terdapat sebuah usul baru-baru ini yang telah dihantar kepada Setiausaha Majlis Peguam untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam pada 14 Mac 2015.

Kandungan usul itu antara lain adalah meminta Christopher menarik balik kenyataan media bertarikh 11 Februari 2015 dan mengemukakan permohonan maaf kepada sistem kehakiman negara.

Sekiranya Christopher gagal berbuat demikian, adalah menjadi tugas Presiden Majlis Peguam yang berikutnya untuk menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada sistem kehakiman.

“G100 memberi sokongan penuh terhadap usul berkenaan dan menyeru semua pihak yang menyokong pandangan G100 agar turut menyokong usul tersebut.

“Kami letakkan kepercayaan kami kepada kebijaksanaan ahli-ahli majlis untuk mengambil resolusi yang sewajarnya dalam mesyuarat agung akan datang, terutamanya demi melindungi integriti dan kebebasan Majlis Peguam,” ujar kenyataan G100 itu.

sumber Awani

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana