DRAMA AIR MATA MAHFUZ SEBENARNYA PEMBOHONGAN BESAR... MACAM MANA SAMBAL IKAN BILIS BOLEH LEPAS MASUK AUSTRALIA?


Australia mempunyai undang-undang imigresen dan kastam yang paling ketat di dunia. Tidak sembarangan barangan terutama sekali makanan, buahan, haiwan, tenusu, bahkan kek yang boleh dibawa masuk. Malah susu buatan Australia yang dibeli di luar negara tersebut itu juga, tidak dibenarkan dibawa masuk tanpa pengisytiharan. Bukan itu sahaja, kasut sukan yang terpakai, yang ada kesan-kesan tanah juga, akan dipaksa lupus kerana Australia terlalu menjaga keselamatan fauna dan flora negara terbabit serta industri-industri pertaniannya.

Apabila Mahfuz Omar yang membawa ibu Sirul Azhar bercerita dengan penuh bangga kononnya, dia telah menyampaikan keinginan Sirul dengan sambal ikan bilis, sesuatu yang berlegar-legar dalam bentuk pertanyaan ialah, adakah Australia telah melonggarkan syarat-syarat kemasukan makanan yang telah dimasak ke negara tersebut?

Jalan mana yang digunakan oleh Mahfuz Omar? Atau sebenarnya Mahfuz Omar sekadar mereka-reka cerita untuk menagih simpati dan sensasi daripada rakyat Malaysia?

Maklumat terbaru yang diperolehi ialah, Koperal Sirul Azhar enggan bertemu dengan Mahfuz Omar dan hanya mahu bertemu dengan keluarganya sahaja. Ketika ditanya oleh penguasa pusat tahanan di mana dia ditempatkan, itulah jawapan yang diberikan oleh Sirul Azhar. Bahkan, Mahfuz Omar langsung tidak melihat Sirul Azhar kerana pertemuan Sirul dan keluarganya diadakan di dalam sebuah ruang tertutup.

Mahfuz Omar dan beberapa orang pengikutnya sekadar berada di ruang menunggu, berbual-bual sesama sendiri dan tidak tahu apa-apa pun yang berlaku.

Demi melangsungkan pembohongannya, Mahfuz Omar membuat temberang besar, kononnya dia telah bertemu dengan Sirul dan mengalirkan air mata terharu dengan pertemuan antara keluarga Sirul dengan bekas anggota UTK yang telah disabitkan dengan kesalahan membunuh itu. Seterusnya bergambar di hadapan pusat tahanan sebagai bukti yang dia telah bertemu Sirul, tanpa Sirul.

Barangkali tidak sampai ke benak Mahfuz Omar bahawa semua orang boleh bergambar di hadapan pusat tahanan tersebut. Jualan cerita air mata yang cuba dipopularkan oleh Mahfuz Omar pula, sekadar mengundang malu buat Mahfuz Omar sendiri.

Sambal ikan bilis boleh dibawa masuk ke Australia?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana