Dr Dzulkefly ditumbuk, bukti krisis PAS semakin buruk

SHAH ALAM: Satu demi satu insiden buruk berlaku dalam PAS sejak tercetusnya kemelut dalaman akibat pertembungan antara golongan profesional dan ulama, membuktikan pergolakan dalam parti itu semakin teruk menjelang pemilihan parti, Jun ini.

Insiden terbaru, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula menjadi sasaran individu tidak dikenali, apabila ditumbuk di bahagian muka ketika pulang daripada menunaikan solat Subuh, pagi tadi.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu ditumbuk seorang lelaki kerana dikatakan bersikap kurang ajar.

Insiden itu disahkan oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat di laman Facebook beliau sebantar tadi.

"Dr Dzulkifly Ahmad AJK PAS Pusat ditumbuk dan dipukul muka dan dahinya oleh orang yang tidak dikenali selepas beliau balik daripada solat subuh pagi ini. Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata 'kenapa kurang ajar sangat'", tulisnya.

Kata Suhaizan lagi, beliau tidak menolak insiden berkenaan berkemungkinan dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.

"Matlamat jahat mereka adalah memecahbelahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka," katanya lagi sambil melahirkan rasa dukacita atas insiden tersebut.

Akibat tumbukan itu, Dr Dzulkefly cedera di dahi dan pecah bibir. Sementara itu satu laporan polis telah dibuat dan pihak polis telahpun pergi ke rumah beliau untuk mengambil keterangan dan melakukan siasatan.

Insiden berkenaan dikatakan ada kaitan dengan kenyataan terbaharu pemimpin itu yang mengatakan sudah hilang hormat terhadap golongan ulama.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti itu menjadi sasaran penyokong golongan ulama keranan dikatakan sebagai dalang dalam komplot menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara pemimpin yang 'diserang' adalah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana