Demo #KitaLawan: Ketua Pemuda DAP Ditahan...DAP Sudah Mula Tunjuk Taring Kah?

KUALA LUMPUR 14 Mac - Selepas Naib Presiden PKR Rafizi ramli dan Ketua Angkatan Pemudanya Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis, kini giliran Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditangkap diatas penyertaan demonstrasi #KitaLawan, sabtu lepas.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah dengan berkata, Teo ditahan dibawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

“Sama ada reman atau tidak bergantung pada siasatan,” katanya.

Rafizi dan Nik Nazmi walaubagaimanapun telah dibebaskan.

Sabtu lepas, pembangkang menganjurkan demonstrasi #KitaLawan ekoran pemenjaraan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima tahun setelah didapati bersalah diatas pertuduhan liwat.

Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara, enam tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana