DAP : 'PAS Pengkhianat, Tikam Dari Belakang' ....Berani Keluar Lah.....

KUALA LUMPUR 18 Mac - Pimpinan tertinggi DAP akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mac depan bagi menentukan hala tuju parti itu bersama Pakatan Rakyat (PR) selepas “ditikam dari belakang” oleh PAS Kelantan yang membentangkan enakmen hudud hari ini.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook yang menyifatkan PAS sebagai pengkhianat itu berkata, mesyuarat jawatankuasa tertinggi (CEC) akan diadakan di Kuala Lumpur membincangkan masa depan parti itu terhadap PAS yang enggan mendengar bantahan mereka terhadap hudud.

"DAP menegaskan kami membantah sekeras-kerasnya tindakan PAS Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac, 2015 dan ini adalah tindakan provokasi untuk memecahkan PR.

"Tindakan kerajaan PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini satu keputusan yang melanggar Dasar Bersama PR dan mengkhianati konsensus Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana