DAP kata PAS tikam belakang PAS kata DAP main tikam

DAP menyuarakan kekecewaan dan menuduh Pas 'menikam dari belakang' selepas parti itu membentangkan Pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Dun Kelantan semalam.

Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke berkata, atas sebab itu kepimpinan tertinggi DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada Isnin ini bagi membincang dan memutuskan halatuju DAP bersama PR.

"DAP menegaskan bahawa kami membantah sekeras-kerasnya tindakan Pas Kelantan yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan PR pada 12 Mac 2015 dan merupakan satu tindakan provokasi untuk memecahkan PR.

"DAP konsisten dengan pendirian kami bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah atau Hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, PR tidak akan berjaya menumbangkan BN selagi ada 'musuh dalam selimut' yang sentiasa membelakangkan konsensus bersama dan bertindak mengikut rentak yang dimainkan lawan.

"DAP komited untuk menjayakan misi PR sebagai kerajaan alternatif untuk menggantikan BN. Namun, kami sedar ada pihak-pihak tertentu dalam Pas yang lebih cenderung memberikan pelampung kepada Umno untuk menyelamatkan diri daripada pelbagai skandal rasuah yang didedahkan kebelakangan ini," dakwanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana