DAP juga pernah membelakangkan PAS...Plak...PAS Kata DAP Kata Kat PAS...Semuanya Wayang

DAP perlu cermin diri sebelum memanggil PAS sebagai pengkhianat kerana parti itu juga pernah membelakangkan PAS, termasuk dalam isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata tiada istilah 'khianat' kerana DAP menerusi penasihatnya Lim Kit Siang telah menandatangani kenyataan bersama pada tahun 2011 yang 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam pelaksanaan hukum hudud.

Turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

"Kami buat kenyataan bersama bahawa kami (Pakatan Rakyat-PR) menerima hakikat itu adalah hak kerajaan Kelantan (untuk melaksanakan hudud) dan kami beri ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju.

"Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa.

"Macam dalam isu pilihan raya PBT, kami (PAS) tidak setuju, tapi DAP tetap kemuka dalam (sidang) dewan (undangan) negeri dia (Pulau Pinang). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas penutupan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di Marang, Sabtu.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menyifatkan Abdul Hadi bertindak khianat dan sengaja melakukan provokasi untuk memecahbelahkan PR, kerana memberi notis kepada Parlimen pada 18 Mac lalu untuk melaksanakan hukum hudud dengan meminda Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Sementara itu, mengulas mengenai pendirian PKR untuk tidak menyokong cadangan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian itu di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu biasa dalam amalan demokrasi, malah perbezaan pendapat juga berlaku dalam parti.

"Pakatan Rakyat merupakan satu pakatan yang longgar ... memang ada dasar yang berbeza. Ada perkara yang sama dan ada perkara tidak. Kami tidak boleh halang (jika) ada dalam pakatan memberi pandangan berbeza," katanya.

Abdul Hadi bagaimanapun enggan mengulas sama ada PAS akan keluar daripada PR disebabkan perselisihan itu, sebaliknya berkata 'PAS masih bersama pakatan'.

Mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bahawa RUU itu mungkin tidak dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang, beliau berkata perkara itu boleh diputuskan mengikut budi bicara Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia).

Katanya mengikut Peraturan Mesyuarat, RUU persendirian hendaklah diusulkan dan perlu mendapat keizinan daripada seorang menteri terlebih dahulu sebelum boleh dibentangkan.

"Soal sama ada boleh atau tidak mendapat majoriti (jika berlaku pengundian kelak), kAMI kena lihat tapi kewajipan kami adalah untuk membentang (RUU)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana