DAP Desak Singkir PAS dari Pakatan Rakyat....Negeri Selangor Macammana....Ada Berani Kah...?

KUALA LUMPUR 19 Mac - DAP mendesak Pakatan Rakyat menyingkirkan segera sebarang bentuk usahasama dan kerjasama dengan PAS.

Ahli Parlimen Bukit Jelutong Jeff Ooi berkata, semua ikatan itu perlu diputuskan daripada peringkat kerajaan negeri, kerajaan tempatan, jawatankuasa pembangunan kampung dan keselamatan, penyelaras kawasan negeri, sehingga kepimpinan tertinggi parti peringkat kebangsaan.

Desakan itu dibuat selepas PAS membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 semalam.

“PAS kebangsaan mengkhianati kita. Kita tidak percaya dan tidak akan mempercayai mereka lagi,” katanya, hari ini.

Ooi berkata DAP tidak patut melengah-lengahkan kecamannya terhadap kepimpinan PAS atau memihak untuk beri sokongan moral kepada “kumpulan liberal” dalam parti Islam itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana